Wednesday, 17 October 2012

'Stroller vs Babywearing'

Assalamualaikum

Antara kereta sorong (stroller) dengan alat penggendong bayi(babywearing) yang mana satu anda lebih gemar? Pada saya kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan

Nadzirah ada satu stroller. cukuplah satu, banyak-banyak nak buat apa kan. dengan berat dia sekarang (8.3kg!) memang sedap lagi letak dia dalam stroller. Tapi stroller lebih 'bulky' dan makan ruang dalam bonet kereta. hehe mak tak mampu la nak beli 'mclaren' ke 'quinny zapp' yang boleh lipat macam payung tu. Rasa mahal sangat la pula. Tapi untuk jangka masa panjang, berbaloi juga sebenarnya. anak kecil lama mana sangat dia larat berjalan. nak pulak ibu ayah dia rajin tawaf keliling pekan mencuci mata. Stroller ni susah nak mencelah terutamanya bila kita masuk ke kedai kedai kecil seperti kedai buku Lagi satu kalau menaiki eskalator kena hati-hati. silap haribulan kedua-dua boleh tersembam. hoho. Tapi kebaikan dia ada banyak tempat la nak sangkut/letak barang lepas membeli belah.

Alat penggendong bayi pula saya ada dua jenis iaitu SSC (Soft StructureCarrier) dan Wrap. SSC tu jenama Jumpsac, buatan Malaysia. cewah. harga lebih murah berbanding jenama seperti BOBA dan lain.Wrap tu jenama BOBA. beli yg dah terpakai, jadi murah la sikit.

SSC boleh diguna untuk bawa bayi didepan ataupun dibelakang. setakat ni saya baru cuba bawa anak didepan. memandangkan anak saya belum boleh duduk lagi, jadi tak berani la nak kendong dia dibelakang. SSC ni tebal sikit dan sedikit panas kalau untuk aktiviti luar tapi dalam bangunan kedai, sangat-sangat selesa. kerap kali sikecil ni pasti tertidur sebab dia rasa orang mendukung dan memeluk dia sepanjang masa. Tapi sikecil saya ni suka melihat sekeliling dia, jadi tertoleh-toleh la dia.hehe dan juga digigitnya tali SSC.hehe. cuma bila lama-lama pakai SSC ni lenguh la juga. tapi yang seronoknya boleh mencelah dimana sahaja.

Wrap pula lebih selesa untuk aktiviti luar sebab kain dia lembut dan tidak panas. tapi untuk bayi yang tak berapa berat. untuk berat anak saya sekarang, alamatnya simpan dulu lah wrap tu untuk bakal adik dia,hehe
wrap ni kena belajarlah cara-cara nak membelit dia..hehe jangan risau, buka saja youtube. ada cara-cara memakai wrap.

Saya lebih gemarkan alat penggendong bayi sebab rasa anak lebih dekat dengan kita dan lebih selamat. kita boleh sentiasa bercakap dengan anak dan anak boleh merasa kehadiran ibu/ayah dan sentiasa dekat dengan anak.Kepada ibu yang menyusukan anak, dalam alat penggendong bayi ni kita boleh menyusukan terus anak bila perlu. tapi saya sendiri tidak pernah mencuba dan pastinya tak mahir. kena perlu selalu berlatih baru cekap. itu kena tanya sifu-sifu yang arif dengan babywearing ini. Boleh sertai Malaysian Babywearer di Facebook.










Wednesday, 10 October 2012

Gigi Ibu Sihat, Gigi Adik pun Sihat

Assalamualaikum

Pernah tak mendengar mitos yang setiap kali seorang ibu mengandung, ibu akan kehilangan sebatang gigi? agak-agak logik tak? jika seorang ibu tu ada 8 anak maknanya 8 batang gigi dia sudah tiada. Tapi senario yang saya lihat, yang belum berkahwin pun sudah kehilangan banyak gigi dan ada ibu-ibu yang sudah beranak 3 tapi gigi masih semua elok dan tidak ada tampalan.

Buat pengetahuan semua, gigi mula terbentuk sejak usia bayi 6 hingga 8 minggu dalam kandungan bagi gigi susunya dan minggu ke 20 untuk gigi kekal (geraham pertama). Manakala gigi kekal yang lain mula terbentuk pada usia 10 bulan kelahiran bayi tesebut.

Seawal kandungan lagi kita perlu menjaga kesihatan diri supaya bayi juga sihat. jaga pemakanan supaya mempunyai nutrisi yang cukup untuk pembentukan anggota janin yang lain termasuklah gigi bayi anda.

Semasa kehamilan berlaku perubahan hormon yang kadang kala menyebabkan ibu yang hamil ini mengalami masalah gusi berdarah ataupun gingivitis. Jadi pastikan kita memberus gigi dengan teknik yang betul dan dapatkan nasihat dari doktor anda. Sekarang ni semua ibu mengandung yang membuat pemeriksaan diklinik kerajaan wajib mendapatkan pemeriksaan doktor gigi. Ibu mengandung diberi keutamaan dan rawatan adalah percuma. Untuk makluman, masalah gingivitis yang tidak dirawat diperingkat awal boleh menyebabkan masalah gusi dan struktur gigi yang lain iaitu periodontitis. Masalah periodontitis dikaitkan dengan kelahiran bayi yang tidak cukup berat (low birth weight).

Kebiasaannya prosedur rawatan gigi akan dijalankan semasa kandungan ibu sudah memasuki trimester ke 2 (4 hingga 6 bulan). Pada masa ini kandungan sudah stabil dan ibu-ibu kebiasaannya sudah tiada masalah alahan dan lain-lain.

sedikit info untuk entri kali ini. semoga bermanfaat!