Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini terasa nak berkongsi pengalaman menyusukan anak sulung saya. (anak baru seorang saja hehe). Daripada mula lagi saya dapat tahu bahawa saya mengandung, saya telah berniat untuk menyusukan anak dengan susu badan. Alhamdulillah saya masih dapat menyusukan sikecil saya sehingga hari ini walaupun tidak secara ekslusif.(sikecik dah mula makan sikit2 sejak beberapa minggu yang lalu) Lagi beberapa hari si kecil tu nak melangkah ke usia 6 bulan. Sungguh cepat masa berlalu.
Saya bersalin secara pembedahan kerana kedudukan kepala anak yang terdongak menyebabkan sikecil itu tidak dapat keluar melalui jalan biasa. nak jugak dia keluar ikut tingkap. hehe. masa itu pengetahuan saya tentang penyusuan susu ibu ini sangat lah sedikit. sebaik dilahirkan, saya hanya sempat melihat dan bertentang mata dengan anak hanya beberapa saat. Tidak lah saya tahu polisi dihospital swasta begitu. Lain kelahiran saya nak minta bayi diletakkan atas dada untuk 'bonding'. Terasa ruginya sebab tak akan dapat mengulang saat itu lagi. Kemudian apabila selesai semua saya disorong ke bilik wad dan anak dihantar ke nurseri. Polisi hospital lagi bayi dan ibu tidak diletakkan sekali. Allah seksanya. saya pula tak dibenarkan bangun selama 24jam untuk mengelakkan komplikasi akibat ubat bius untuk pembedahan.
hanya suami yang turun melihat anak dinurseri dan hanya gambarlah yang menjadi tatapan saya. sampai hari ni saya masih lagi ingat mata Nadzirah bila pertama kali saya melihatnya.
24jam berlalu, sangatlah tidak sabar nak meyusukan anak. kesian anakku mula-mula dah tak dapat susu ibu. saya tak terfikir langsung untuk membawa pum pada masa itu. maklumlah tak ada pengalaman lagi. Untuk anak seterusnya saya akan bawa pum siap-siap. mana tahu jika perlu. Nak memerah dengan tangan lagilah tak pandai(ketika itu).Bersusah payah turun dari katil ke kerusi roda. Bila sampai dinurseri, Alhamdulillah dapat memeluk anak dan meyusukan. bayi sangat bijak. walaupun kekok cubaan untuk menyusukan anak berjaya dengan dibantu jururawat. dalam bilik menyusu itu pun disediakan panduan untuk penyusuan. Pertama kali menyusukan sikecil itu, dia menyusu selama sejam. tak terasa lenguh langsung memangku dia.
Hari ke 3 selepas kelahiran, kami pun dibenarkan balik. yeay. lepas tu datang lah episod anak kuning dan 'nipple sore' akibat pelekapan mulut anak pada payudara yang tidak betul. Bermulalah episod mengepam susu setiap 2-3 jam untuk memastikan anak minum susu setiap 2 jam. maklumlah bayi yang kuning memang suka tidur. Alhamdulillah hari ke 11 kuningnya beransur pulih dan Nadzirah mula tidak mahu menghisap secara terus kerana keliru puting. Kadang kala bila disuakan dia hisap sekejap saja lalu dilepas semula. Dalam masa yang sama saya banyak merujuk di satu kumpulan yang saya sertai di Facebook iaitu Kumpulan Ibu Menyusukan Anak (KIM)
http://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/ .Banyak sangat info yang diperolehi dan membaca pengalaman kawan2 disitu.
Lama juga saya hanya mengepam susu untuk diberikan kepada Nadzirah. Salah satu sebab pelekapan anak tidak betul adalah kerana mulut bayi kecil. saya tidak putus asa. Sangat penat untuk bangun mengepam malam-malam untuk memastikan anak minum susu. saya pula seboleh2nya akan memastikan memberi anak minum susu yang baru diperah.
Apabila anak berusia sebulan lebih saya cuba kembali mengajar anak menyusu dengan saya. saya mulakan ketika dia mamai2 ataupun baru bangun tidur. Alhamdulillah. berjaya. lama kelamaan saya tidak lagi perlu bangun mengepam pada waktu malam kerana anak sudah pandai minum secara terus. Ketika itu usia anak 2 bulan lebih.Pada suatu hari dalam perjalanan pulang dari kampung di Negeri Sembilan, Nadzirah mula menolak botol susu apabila saya ada bersama. sepanjang perjalanan dia hanya melekap saja. Ketika itu usia Nadzirah menginjak 3 bulan. Betapa syukurnya saya. itulah adalah satu nikmat yang tak terucap.
Saya mula dapat mengumpul stok ketika anak berusia 10 hari. Apabila habis pantang kira-kira 44 hari, stok yang terkumpul 400++oz. Memang penuh peti sejuk mak saya.hehe. Apabila suami pulang saya terus mengajak suami untuk membeli 'deep freezer'. Apabila mula kerja setelah 2 bulan bercuti, stok yang terkumpul kira-kira 600oz.
Pasang surut hasil mengepam susu adalah lumrah. macam-macam faktor yang menyebabkan susu merudum ataupun banyak. Apa yang saya buat adalah cuba disiplin mengepam sekurang-kurangnya 3 kali pada hari bekerja dan 2 kali pada hari cuti.
Kepada ibu-ibu baru, pada awal2 kelahiran (0-10hari) susu adalah cukup untuk keperluan bayi. walaupun pum hanya 2 oz, itu sudah mencukupi untuk anak kerana perut bayi adalah sebesar ceri sahaja. Yakinlah rezeki Allah pada anak itu sentiasa ada dan sudah tertulis sejak azali. Jika boleh jangan beli susu formula sebelum kelahiran anak. Jangan negatifkan pemikiran dengan mengatakan takut susu tidak cukup. Berdoa banyak-banyak. banyakkan membaca untuk menambah pengetahuan sebelum kelahiran bayi anda. Pengalaman orang lain boleh menjadi panduan untuk kita semua.
Hari pertama 28/3/2012
Hari ke 3. Baru pulang dari hospital
Pertama kali mendukung dan menyusukan Nadzirah 29/03/2012
Hasil pum semasa umur Nadzirah 5 hari (2/4/2012)
Hasil pum semasa umur Nadzirah 6 hari (3/4/2012). Awal kelahiran badan masih dalam tempoh menyesuaikan diri dengan keperluan anak. Kadang-kala melebihi dan kadang kala sedikit. yang penting jangan putus asa. tapi seelok-eloknya beri susu secara terus sehingga hampir-hampir masuk kerja, barulah ajar anak dengan botol untuk elakkan keliru puting.
Hasil 3 sesi ditempat kerja. masa ni minggu ke 2 kerja, sekarang dapat 3 botol penuh pun dah syukur dan masih cukup untuk anak. makin lama badan akan sesuaikan dengan keperluan anak.
Sibulat saya (5bulan++)
Semoga dapat manfaat dari sedikit pengalaman saya.
Jumpa lagi
Wassalam