Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tahun 2012 ini siapa dah berjumpa doktor gigi untuk menjalani pemeriksaan gigi secara berkala? erk saya pun belum, walaupun hari-hari bertandang ke klinik gigi =)
kita perlu berjumpa doktor gigi secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali ataupun 6 bulan sekali dan bukan bila gigi dah sakit dan sudah 3 hari tidak tidur malam. Walaupun kita berus gigi 2 kali sehari dan merasakan gigi kita sudah bersih, kadangkala ada bahagian gigi yang kita terlepas pandang terutamanya gigi belakang. Selain melihat keadaan gigi doktor gigi juga akan melihat secara keseluruhan ruang mulut termasuk gusi, lelangit dan lidah. yep semua ruang mulut akan diperiksa untuk memastikan tiada sebarang tanda yang mencurigakan seperti tanda awal kanser.
Kebiasaannya gigi akan dicuci/penskaleran (scaling) jika tiada masalah lain seperti tampalan dan lain-lain. memang sedikit ngilu ketika gigi di'scaling'. Perlunya rawatan ini untuk membuang karang gigi/kalkulus terutamanya yang tak nampak oleh mata kita iaitu kalkulus yg terjadi dicelah gusi dan gigi. kebiasaannya kalkulus ini berwarna kekuningan (yang biasa kita nampak) dan kehijauan seperti berlumut(ini yang selalu berada dicelah gusi dan gigi).
Selalunya bahagian mulut yang berkalkulus adalah bahagian yang tidak dibersihkan dengan sempurna oleh berus gigi. kebiasaannya dibahagian gigi depan disebelah bawah dan juga gigi belakang. cuba nganga mulut anda dan lihat depan cermin. kalau ada cepat2 ke klinik berhampiran dan cuci gigi anda. Jika dibiarkan lama kelamaan boleh menyebabkan masalah gusi yang lebih teruk dan strukur penyokong gig yang lain dan gigi anda boleh goyang
Sekiranya anda dapati gusi anda berdarah setiap kali memberus gigi, anda mempunyai masalah gusi. Jangan takut dan teruskan memberus gigi seperti biasa. Segera berjumpa doktor gigi anda untuk mendapat rawatan yang perlu.
masih ingatkah anda semasa zaman sekolah rendah dulu dimana ramai2 beratur ditepi longkang sekolah dan masing-masing memegang berus gigi dan sebiji kole? kemudian 'misi gigi'/ jururawat pergigian akan memegang model gigi dan berus gigi yang besar dihadapan anda sambil memberi arahan dan mengira 1 sampai 10? sekadar pertanyaan siapa yang masih mempraktikkan teknik memberus gigi yang misi gigi anda tunjukkan suatu masa dahulu?
Selamat memberus gigi dan jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment