Monday, 24 September 2012

Bila sikecilku lahir...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini terasa nak berkongsi pengalaman menyusukan anak sulung saya. (anak baru seorang saja hehe).  Daripada mula lagi saya dapat tahu bahawa saya mengandung, saya telah berniat untuk menyusukan anak dengan susu badan. Alhamdulillah saya masih dapat menyusukan sikecil saya sehingga hari ini walaupun tidak secara ekslusif.(sikecik dah mula makan sikit2 sejak beberapa minggu yang lalu) Lagi beberapa hari si kecil tu nak melangkah ke usia 6 bulan. Sungguh cepat masa berlalu.

Saya bersalin secara pembedahan kerana kedudukan kepala anak yang terdongak menyebabkan sikecil itu tidak dapat keluar melalui jalan biasa. nak jugak dia keluar ikut tingkap. hehe. masa itu pengetahuan saya tentang penyusuan susu ibu ini sangat lah sedikit. sebaik dilahirkan, saya hanya sempat melihat dan bertentang mata dengan anak hanya beberapa saat. Tidak lah saya tahu polisi dihospital swasta begitu. Lain kelahiran saya nak minta bayi diletakkan atas dada untuk 'bonding'. Terasa ruginya sebab tak akan dapat mengulang saat itu lagi. Kemudian apabila selesai semua saya disorong ke bilik wad dan anak dihantar ke nurseri. Polisi hospital lagi bayi dan ibu tidak diletakkan sekali. Allah seksanya. saya pula tak dibenarkan bangun selama 24jam untuk mengelakkan komplikasi akibat ubat bius untuk pembedahan.

hanya suami yang turun melihat anak dinurseri dan hanya gambarlah  yang menjadi tatapan saya. sampai hari ni saya masih lagi ingat mata Nadzirah bila pertama kali saya melihatnya.

24jam berlalu, sangatlah tidak sabar nak meyusukan anak. kesian anakku mula-mula dah tak dapat susu ibu. saya tak terfikir langsung untuk membawa pum pada masa itu. maklumlah tak ada pengalaman lagi. Untuk anak seterusnya saya akan bawa pum siap-siap. mana tahu jika perlu. Nak memerah dengan tangan lagilah tak pandai(ketika itu).Bersusah payah turun dari katil ke kerusi roda. Bila sampai dinurseri, Alhamdulillah dapat memeluk anak dan meyusukan. bayi sangat bijak. walaupun kekok cubaan untuk menyusukan anak berjaya dengan dibantu jururawat. dalam bilik menyusu itu pun disediakan panduan untuk penyusuan. Pertama kali menyusukan sikecil itu, dia menyusu selama sejam. tak terasa lenguh langsung memangku dia.

Hari ke 3 selepas kelahiran, kami pun dibenarkan balik. yeay. lepas tu datang lah episod anak kuning dan 'nipple sore' akibat pelekapan mulut anak pada payudara yang tidak betul. Bermulalah episod mengepam susu setiap 2-3 jam untuk memastikan anak minum susu setiap 2 jam. maklumlah bayi yang kuning memang suka tidur. Alhamdulillah hari ke 11 kuningnya beransur pulih dan Nadzirah mula tidak mahu menghisap secara terus kerana keliru puting. Kadang kala bila disuakan dia hisap sekejap saja lalu dilepas semula. Dalam masa yang sama saya banyak merujuk di satu kumpulan yang saya sertai di Facebook iaitu Kumpulan Ibu Menyusukan Anak (KIM) http://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/ .Banyak sangat info yang diperolehi dan membaca pengalaman kawan2 disitu.

Lama juga saya hanya mengepam susu untuk diberikan kepada Nadzirah. Salah satu sebab pelekapan anak tidak betul adalah kerana mulut bayi kecil. saya tidak putus asa. Sangat penat untuk bangun mengepam malam-malam untuk memastikan anak minum susu. saya pula seboleh2nya akan memastikan memberi anak minum susu yang baru diperah.

Apabila anak berusia sebulan lebih saya cuba kembali mengajar anak menyusu dengan saya. saya mulakan ketika dia mamai2 ataupun baru bangun tidur. Alhamdulillah. berjaya. lama kelamaan saya tidak lagi perlu bangun mengepam pada waktu malam kerana anak sudah pandai minum secara terus. Ketika itu usia anak 2 bulan lebih.Pada suatu hari dalam perjalanan pulang dari kampung di Negeri Sembilan, Nadzirah mula menolak botol susu apabila saya ada bersama. sepanjang perjalanan dia hanya melekap saja. Ketika itu usia Nadzirah menginjak 3 bulan. Betapa syukurnya saya. itulah adalah satu nikmat yang tak terucap.

Saya mula dapat mengumpul stok ketika anak berusia 10 hari. Apabila habis pantang kira-kira 44 hari, stok yang terkumpul 400++oz. Memang penuh peti sejuk mak saya.hehe. Apabila suami pulang saya terus mengajak suami untuk membeli 'deep freezer'. Apabila mula kerja setelah 2 bulan bercuti, stok yang terkumpul kira-kira 600oz.

Pasang surut hasil mengepam susu adalah lumrah. macam-macam faktor yang menyebabkan susu merudum ataupun banyak. Apa yang saya buat adalah cuba disiplin mengepam sekurang-kurangnya 3 kali pada hari bekerja dan 2 kali pada hari cuti.

Kepada ibu-ibu baru, pada awal2 kelahiran (0-10hari) susu adalah cukup untuk keperluan bayi. walaupun pum hanya 2 oz, itu sudah mencukupi untuk anak kerana perut bayi adalah sebesar ceri sahaja. Yakinlah rezeki Allah pada anak itu sentiasa ada dan sudah tertulis sejak azali. Jika boleh jangan beli susu formula sebelum kelahiran anak. Jangan negatifkan pemikiran dengan mengatakan takut susu tidak cukup. Berdoa banyak-banyak. banyakkan membaca untuk menambah pengetahuan sebelum kelahiran bayi anda. Pengalaman orang lain boleh menjadi panduan untuk kita semua.

Hari pertama 28/3/2012

Hari ke 3. Baru pulang dari hospital

Pertama kali mendukung dan menyusukan Nadzirah 29/03/2012

Hasil pum semasa umur Nadzirah 5 hari (2/4/2012)

Hasil pum semasa umur Nadzirah 6 hari (3/4/2012). Awal kelahiran badan masih dalam tempoh menyesuaikan diri dengan keperluan anak. Kadang-kala melebihi dan kadang kala sedikit. yang penting jangan putus asa. tapi seelok-eloknya beri susu secara terus sehingga hampir-hampir masuk kerja, barulah ajar anak dengan botol untuk elakkan keliru puting. 

Hasil 3 sesi ditempat kerja. masa ni minggu ke 2 kerja, sekarang dapat 3 botol penuh pun dah syukur dan masih cukup untuk anak. makin lama badan akan sesuaikan dengan keperluan anak.

Sibulat saya (5bulan++)

Semoga dapat manfaat dari sedikit pengalaman saya.

Jumpa lagi
Wassalam

Thursday, 20 September 2012

Jom jumpa doktor gigi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahun 2012 ini siapa dah berjumpa doktor gigi untuk menjalani pemeriksaan gigi secara berkala? erk saya pun belum, walaupun hari-hari bertandang ke klinik gigi =)

kita perlu berjumpa doktor gigi secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali ataupun 6 bulan sekali dan bukan bila gigi dah sakit dan sudah 3 hari tidak tidur malam. Walaupun kita berus gigi 2 kali sehari dan merasakan gigi kita sudah bersih, kadangkala ada bahagian gigi yang kita terlepas pandang terutamanya gigi belakang. Selain melihat keadaan gigi doktor gigi juga akan melihat secara keseluruhan ruang mulut termasuk gusi, lelangit dan lidah. yep semua ruang mulut akan diperiksa untuk memastikan tiada sebarang tanda yang mencurigakan seperti tanda awal kanser.

Kebiasaannya gigi akan dicuci/penskaleran (scaling) jika tiada masalah lain seperti tampalan dan lain-lain. memang sedikit ngilu ketika gigi di'scaling'. Perlunya rawatan ini untuk membuang karang gigi/kalkulus terutamanya yang tak nampak oleh mata kita iaitu kalkulus yg terjadi dicelah gusi dan gigi. kebiasaannya kalkulus ini berwarna kekuningan (yang biasa kita nampak) dan kehijauan seperti berlumut(ini yang selalu berada dicelah gusi dan gigi).

Selalunya bahagian mulut yang berkalkulus adalah bahagian yang tidak dibersihkan dengan sempurna oleh berus gigi. kebiasaannya dibahagian gigi depan disebelah bawah dan juga gigi belakang. cuba nganga mulut anda dan lihat depan cermin. kalau ada cepat2 ke klinik berhampiran dan cuci gigi anda. Jika dibiarkan lama kelamaan boleh menyebabkan masalah gusi yang lebih teruk dan strukur penyokong gig yang lain dan gigi anda boleh goyang

Sekiranya anda dapati gusi anda berdarah setiap kali memberus gigi, anda mempunyai masalah gusi. Jangan takut dan teruskan memberus gigi seperti biasa. Segera berjumpa doktor gigi anda untuk mendapat rawatan yang perlu.

masih ingatkah anda semasa zaman sekolah rendah dulu dimana ramai2 beratur ditepi longkang sekolah dan masing-masing memegang berus gigi dan sebiji kole? kemudian 'misi gigi'/ jururawat pergigian akan memegang model gigi dan berus gigi yang besar dihadapan anda sambil memberi arahan dan mengira 1 sampai 10? sekadar pertanyaan siapa yang masih mempraktikkan teknik memberus gigi yang misi gigi anda tunjukkan suatu masa dahulu?

Selamat memberus gigi dan jumpa lagi.

Wednesday, 19 September 2012

Penjagaan gigi si kecil

Assalamualaikum

Sekadar pertanyaan rambang, bermula umur berapa anda mula membersihkan mulut/gigi anak anda? Adakah setelah gigi susu anak mula tumbuh atau tunggu sehingga giginya tumbuh semua atau bagaimana?
Sebenarnya penjagaan kesihatan mulut anak kita sepatutnya bermula seawal usianya sehari! Kedengaran seperti tak logik kan? Pepatah melayu ada mengatakan melentur buluh bermula dari rebung. Jadi apa apa amalan yang baik seharusnya diterap seawal yang mungkin. Termasuk lah penjagaan kesihatan mulut kita.

Kita disaran supaya membersihkan mulut bayi selepas menyusu dengan kain lembut ataupun sehari sekali. Saya sendiri hanya mula membersihkan mulut sikecil saya bila gigi pertamanya mula tumbuh. hehe. Gigi sikecil saya mula tumbuh pada usianya menghampiri 5 bulan. memang sangat cepat. kebanyakkan sesi membersihkan mulut si comel saya itu diakhiri dengan jari saya digigit. Kebanyakkan bayi giginya akan mula keluar pada usia 6 bulan keatas ataupun ada yang lebih lewat.Dan set gigi susu akan lengkap pada usia 2 tahun setengah. Perkembangan setiap kanak2 berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lewat sedikit. Jika anda khuatir boleh lah bawa anak anak berjumpa doktor gigi. Kita pun disarankan berjumpa doktor gigi setiap 6 bulan sekali untuk pemeriksaan berkala.

Cara-cara membersihkan mulut bayi adalah mudah sahaja. Walaupun mudah ramai antara kita yang terlepas pandang dengan alasan anak masih kecil dan gigi masih sedikit. Kita boleh guna tuala ataupun lampin bayi yang bersih. lilit sedikit pada hujung jari dan lalukan pada gigi, gusi juga lelangit anak. urut perlahan-lahan saja. Saya sangat teruja bila melilit gigi anak saya tumbuh, jadi saya beli First Teething Cloth By MAM. Berbentuk kepala arnab dan ada telinga yang boleh memuatkan dua jari telunjuk dan jari tengah.Nadzirah memang suka! dikunyah-kunyah kain tu. haha

Amatlah penting kita membiasakan bayi dengan amalan ini. bila anak sudah biasa dibersihkan gigi dan mulutnya, jadi bila tiba masa kita memperkenalkan berus gigi, anak sudah tidak rasa pelik dan kekok. jangan tunggu sehingga gigi sudah penuh baru hendak mengajar sikecil memberus gigi, pasti anda akan sedikit berperang dengan sikecil anda..kan..kan.. Kebanyakkan ibu bapa pesakitkanak-kanak yang datang keklinik mengadu bahawa anak mereka sukar untuk gosok gigi. dan salah satu punca adalah disebab kan lewat memperkenalkan amalan ini pada mereka.

Jika anda perasan dalam buku kesihatan anak-anak anda (buku bermula tahun 2012) banyak maklumat tentang penjagaan pergigian telah dimasukkan dalam buku tersebut. jadi rajin-rajinlah belek ya. dan anak anda akan dirujuk untuk berjumpa doktor pergigian/jururawat pergigian seawal usia 6bulan!

Jumpa lagi
Wassalam

Tuesday, 18 September 2012

'Breastpump'

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini kembali bertugas setelah 3 hari bercuti dan bermalas-malasan dirumah bersama suami dan anak tersayang. Walaupun kaki sakit sedikit kesan patah dahulu tapi bila tengok muka anak dan suami, hilang sekejap sakit

Ibu-ibu zaman sekarang yang bekerja dan menyusukan anak mesti menggilai pum susu yang canggih dan mudah digunakan. Macam anak-anak muda dengan gadjet canggih sekarang dan juga telefon pintar. Ini termasuklah saya. Anak baru seorang saya dah ada 2 pum. Pum pertama saya adalah Medela swing, dicadangkan oleh ibu saudara yang belajar di USA. Dibeli dengan harga $ 110 jika tidak salah ingatan. dibeli ketika anak saya 6bulan dalam kandungan dan dipos dengan kapal laut yang mengambil masa 2 bulan untuk tiba di Malaysia. ketika itu saya memang 'zero knowledge' tentang pum susu ni.

Medela swing ni adalah 'single' pum. boleh menggunakan kuasa elektrik dan juga bateri.memandangkan dibeli dari US adapter charger dia tidak sesuai dengan plug point disini. jadi saya menggunakan 4 biji bateri 2A sahaja. tentulah bateri yang boleh cas semula =)

Saya sangat berpuas hati dengan swing ni. dan pum ni sangat berjasa. saya mula menggunakan pum ni ketika anak saya berusia 3 hari. Nanti akan saya cerita kisah itu dilain entri. InsyaAllah. Swing ada dua fasa. fasa pertama 'stimulation phase' selama 2 minit. fasa ni memang sangat mimik hisapan bayi. dengan ni kita akan lebih cepat merasa LDR. 'let down reflex' dimana pada masa ni, kita akan rasa susu akan turun mencurah-curah. walaubagaimanapun bayi adalah pum terbaik dunia. siapalah kita nak menandingi ciptaan Ilahi kan. =)

Memandangkan swing adalah single pum saya jadi penat/sedikit tidak rajin untuk menunggu pum satu persatu. Mulalah memikir untuk beli satu lagi pum manual untuk mempercepatkan pum. cewah ayat tak menahan. jika jalan serentak kan pantas. setelah apa kata survey dan mendapat persetujuan suami (oh isteri solehah memang begitu) hehe saya pun membeli pum ke2 iaitu Unimom Mezzo ketika anak berusia 2 bulan lebih.

Unimom Mezzo adalah pum manual 'single'. keistimewaan pum ini ialah silicon massager dia. tapi saya tak guna pun =). Sekarang jimat la masa sikit bila dapat mengepam serentak. Lama kelamaan saya dapati unimom ni susu selalu meleleh sedikit dari corong pum. Macam ada 'backflow'. Jadi kadang-kala basah je baju tanpa disedari. Jadi saya kembali menggunakan satu pum saja pada satu-satu masa. Bila ada 2 pum ni bertambah la kerja nak basuh gadjet-gadget ni pulak. =)

Masa bulan terawal kelahiran anak saya, Alhamdulilah susu banyak. jadi berbaloi jika menggunakan 2 pum serentak. Tapi sekarang susu sudah berkurang sedikit dan hanya menggunakan 1 saja pum. Takkan ketempat kerja saya nak mengusung kedua-dua pum pula. Jadi saya belajar teknik marmet. Lama kelamaan makin jatuh hati dengan marmet. dan marmet lebih cepat walaupun sedikit lenguh, dan saya hanya perlu basuh tangan. kadang2 kita boleh terlupa pum, tapi takkan pula kita nak terlupa tangan kan? sebab tangan ada dengan kita. hehehe 

Memandangkan saya bakal berpindah ke KL (bila tu saya pun tak pasti), untuk mengikut suami, jadi saya merasakan perlu untuk 'upgrade' kepada pum yang lebih praktikal. Faham faham lah kehidupan di kota metropolitan itu bagaimana kan? Sekarang dalam usaha mengumpul dana untuk membeli Medela Freestyle pula. InsyaAllah ada rezeki adalah hendaknya. moga berguna untuk Nadzirah dan bakal adik-adiknya kelak. Amin

Jumpa lagi
Wassalam



Saturday, 15 September 2012

Hujung Minggu

Assalamualaikum
Selamat berhujung minggu. Kali ni seronok lah sebab suami saya balik ke kampung.yea!! kami masih PJJ. suami bekerja di KL. dan saya di Perlis. setiap 2 minggu encik suami akan balik tengok kami anak beranak. zaman masih belum ada anak kami bergilir2. tapi semenjak mengandung 6 bulan saya dah tak ke KL bersendirian.
Nadzirah hampir menginjak ke usia 6 bulan. dah cuba2 bagi anak dara tu belajar makan. ( sepatutnya usia 6 bulan ke atas baru boleh perkenalkan makanan tau pada bayi). tapi memandang dia asyik memandang saja bila kami makan, saya pun bagilah dia makan. hehe..sehari sekali macam tu. hari ni memandang kan cuti dapatlah ibu Nadzirah masak. selalu tok dia yang masakkan bubur nasi. hari ni ibu masak bubur nasi campur lobak merah dan brokoli. pastu dikisar halus. yummy yummy.. habis 2 sudu besar Nadzirah makan.
sekarang ni musim hujan di sini. hari2 hujan. takpa bagi peluang pada pak tani untuk bercucuk tanam juga. setakat ini dulu. jumpa lagi!

Friday, 14 September 2012

Mukaddimah

Assalamualaikum w.b.t

Sebagai permulaan sedikit pengenalan tentang diri sendiri. Saya seorang pekerja kerajaan, ya tahu ayat sangat skema kan? sudah berkahwin dan sudah mempunyai seorang anak perempuan yang berusia hampir 6 bulan.
Kerja saya hari2 adalah melihat dalam mulut orang. buang yang tak berguna. tampal yang berlubang. penuhkan ruang yang kosong. pendek kata selagi belum tutup mata kerja, kerja, kerja.dalam masa yang sama sedikit sebanyak adalah nasihat yang diberi (kadang2 rasa macam membebel pun ada (",)) supaya jaga kebersihan mulut dan sebagainya. sebab dalam Islam pun kata kebersihan sebahagian daripada iman. 

Saya sangat menyokong penyusuan susu ibu, penggunaan lampin kain (cloth diapers) dan juga penggunaan alat pengendong bayi (babywearing). InsyaAllah akan cuba meneruskan penyusuan kepada anakanda tercinta sehingga 2 tahun.

Jumpa lagi