Monday, 23 October 2017

PROTEIN SIHAT UNTUK BADAN SIHAT

Protein Sihat untuk Berat Badan 

Protein boleh membantu anda mengurangka berat yang tidak diingini dalam masa yang sama  memastikan perut anda kenyang. 
Tetapi sangat penting untuk makan jumlah yang betul dan jenis protein yang tepat untuk mendapatkan manfaat kesihatannya. 

Sumber protein yang Sihat

1. Makanan laut adalah sumber protein yang sangat baik kerana ia biasanya rendah lemak. Ikan seperti salmon mempunya lebih tinggi lemak, tetapi ia adalah lemak yang baik untuk jantung yang sihat, iaitu asid lemak omega-3. 




2. Pilih protein yang berisi putih seperti bahagian isi dada ayam untuk protein yang  baik . Daging gelap mempunyai lebih tinggi lemak. Bahagian  kulit biasa penuh dengan lemak tepu, jadi buangkan kulit sebelum memasak. 

3. Susu, Keju, dan Yogurt 
Bukan sahaja makanan tenusu seperti susu, keju, dan yogurt sumber protein yang sangat baik, tetapi mereka juga mengandungi kalsium yang tinggi  dan diperkaya dengan vitamin D. Pilih susu skim atau tenusu rendah lemak untuk memastikan tulang dan gigi kuat dan membantu mencegah osteoporosis. 

4.Telur adalah salah satu bentuk protein yang murah dan mudah diperolehi. The American Heart Society  mengatakan bahawa orang dewasa yang sihat boleh menikmati sebiji telur setiap sehari. 

5. Satu setengah cawan kacang mengandungi protein bersamaan 1 ounce daging yang dibakar. Tambahan pula, makanan berkhasiat ini sarat dengan serat untuk membuatkan anda berasa kenyang selama berjam-jam. 

6. Soya 
50 gram protein soya setiap hari boleh membantu mengurangkan kolesterol sebanyak 3%. Pengambilan protein soya adalah LEBIH BAIK berbanding sumber protein yang lebih tinggi lemak dan kolesterol untuk mengekalkan diet yang sihat dan baik untuk jantung anda. 




7. Lean Beef (Daging kurang/tanpa Lemak)
Lean beef hanya mempunyai satu gram lemak tepu daripada dada ayam tanpa kulit. Lean beef juga merupakan sumber zink, besi, dan vitamin B12 yang sangat baik. 

8. Protein On The Go
Jika anda tidak mempunyai masa untuk duduk untuk makan, ambil minuman pengganti makanan, bar bijirin, atau bar tenaga. Periksa label untuk memastikan produk mengandungi sekurang-kurangnya enam gram protein dan rendah gula dan lemak. 

Protein semasa sarapan 
Penyelidikan menunjukkan pengambilan sumber protein seperti telur atau yogurt Yunani pada waktu sarapan bersama-sama dengan bijirin serat tinggi seperti roti gandum keseluruhan dapat membantu anda merasa lebih lama dan makan kurang sepanjang hari.

Nelly
1253045 (SID)
http://kaknelly.wasap.my 

Rujukan

Saturday, 21 October 2017

SUSTAINED RELEASE VITAMIN C

Vitamin C 
(Sustained Release Vitamin C)

Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.



Tahukah Anda?
Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.

Keistimewaan Shaklee

Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.



RamuanAmaun Setiap Tablet
uAsid Askorbik 95%
(Menyediakan 525.35mg Vitamin C)
553.00 mg
Bioflavonoid Sitrus Kompleks
(Menyediakan 7.50 mg Biofla
vonoid Lemon)
(Menyediakan 7.50 mg Bioflavonoid Oren)
(Menyediakan 7.50 mg Bioflavonoid Limau Gedang)
90.00 mg
Hesperidin
(Menyediakan 7.50mg Bioflavonoid Oren)
30.00 mg

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Untuk pembelian boleh whatapps 

Nelly 017.463.8639 

SID:1253045


Rujukan: www. shaklee.com.my

AWET MUDA DENGAN ANTI OKSIDA

BANTU SIHAT DENGAN 1 SUDU KECIL SAHAJA!


Semua orang yang normal mesti nak nampak  dan rasa seperti orang muda.


Tapi bak kata orang putih ‘the clock is ticking’ dan hakikatnya usia tetap meningkat dari hari ke hari sama ada sedar atau pun tak.


Kita sekarang ni pula hidup dalam keadaan yang selalu stres,tambah lagi dengan toksin lagi dari sekeliling juga masalah kesihatan, faktor faktor ini sebenarnya boleh mengakibatkan proses penuaan manusia sekarang lebih awal dari sepatutnya. 


APA PUNCA YANG MENDORONG PROSES PENUAAN INI LEBIH PANTAS DARI SEPATUTNYA DAN BAGAIMANA CARA UNTUK MENENTANG PROSES PENUAAN INI?


Mat salleh kat negara barat sana depa lagi la obses nak awet muda kan. Saintis saintis pun memang dok buat kajian


Salah seorang saintis shaklee ni yang merupakah pemenang anugerah Nobel pun turut buat kajian pasal nak awet muda dan telemore.


Kajian mendapati penuaan bermula dari sel anda. Kesihatan sel boleh dilihat dari penampilan dan juga bagaimana kita rasa, namun sel kita sering mengalami kerosakan akibat daripada terdedah kepada radikal bebas. 


Dari mana pula datang radikal bebas ni?


Dari proses kimia yang berlaku dalam tubuh kita sehari hari!


Kalau tak dibendung, radikal bebas menyebabkan tekanan oksida pula.


Radikal bebas boleh merosakkan komponen sel seperti DNA, dan merangsang keradangan, lantas menjurus kepada penuaan sel. 


Walau dari seringkas perbuatan seperti makan boleh mendorong kepada penghasilan radikal bebas.


Dalam dok kaji dok kaji depa jumpa bahan yang boleh bendung radikal bebas ni.


Bahan tu pula anti oksida. Dia boleh tangkap radikal bebas dalam badan kita dan neutralkan tindakan radikal bebas ni terhadap sel tubuh kita.


Anti oksida banyak jenis seperti VitaminA, Vitamin C dan Vitamin E. Daripada vitamin tu pun pecah lagi kepada berjenis jenis anti oksida.


Tapi tak semua yang boleh bertindak sampai peringkat sel yang paling asa dalam badan. Lepas berpuluh tahun kajian saintis ni berjaya juga jumpa anti oksida yang kuat.


Benda tu nama dia resveratrol dan polifenol


Resveratrol dan polifenol ni menunjukkan kemampuannya dalam menentang radikal bebas dan melambatkan proses penuaan dari peringkat sel lagi. 


Kajian makmal turut menyarankan bahawa polyphenol yang dihasilkan dari campuran anggur muscadine, polygonum cuspidatum, lobak ungu dan Elderberri eropah mampu:


• Membantu sel anda untuk melindungi serta membaiki DNA dan menentang radikal bebas


• Memperlahankan pembentukan protin perosak AGE yang mendorong kepada penuaan sel


• Membantu merangsang kesihatan telomere yang melindungi kromosom


Tudia kira bagus sungguh anti oksida ni


Maka Saintis ni berjaya la cipta Minuman botani yang diperbuat daripada campuran bahan bahan yang kaya dengan resveratrol dan polifenol.


Penuaan sememangnya tidak dapat dielakkan, namun pilihan kita sendiri dalam menjaga kesihatan mampu untuk memperlahankan proses penuaan dan meningkatkan kemungkinan untuk menikmati kehidupan yang panjang, gembira serta lebih sihat dan untuk muslim boleh beribadah dengan sempurna terutamanya SOLAT.


Vivix mudah diambil sebab dalam bentuk cecair dan hanya perlu 1 sudu kecil sahaja sehari.


1 botol tahan sehingga dua bulan!


Sesuai untuk semua golongan dewasa.


Untuk kanak-kanak dan ibu mengandung tiada kajian dibuat terhadapnya.


Vivix tidak boleh diambil jika anda mengambil ubat cair darah seperti Warfarin dan lain lain kerana Vivix boleh menggandakan kesan ubat tersebut.


PROMOSI ISTIMEWA UNTUK ANDA KERANA DENGAN PEMBELIAN 2 BOTOL VIVIX ANDA DAPAT


🌹 keahlian percuma bernilai RM 69

🌹 penjimatan harga sehingga RM 200 !!! 😱

🌹 pos percuma keseluruh Malaysia

🌹 Rebat sehingga RM 45 pada 14 hb berikutnya

🌹 Pembelian produk kesihatan lain dengan harga ahli yang ternyata jauh lebih murah

🌹 Kesihatan yang lebih baik yang mampu mengubah hidup anda


Bertindak segera sebelum kehabisan stok













http://kaknelly.wasap.my

Thursday, 19 October 2017

5 SEBAB KENAPA WANITA WAJIB AMALKAN PROTEIN SOYA

Protein Soya pilihan terbaik untuk ibu yang sibuk!

Assalamualaikum. 

Ibu adalah tunjang rumah tangga.  Seorang ibu mempunyai pelbagai tanggungjawab. Selain daripada menguruskan keluarga dan kerjaya, mereka sering kali mengabaikan diri mereka dan sebaliknya fokus kepada yang lain. Komitmen sebegini menjejaskan pengambilan makanan mereka kerana mereka sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau tidak makan sebarang makanan langsung. Ia adalah amat penting bagi seorang ibu untuk mengambil minuman protein soya kerana ia
dapat memberikan mereka tenaga untuk menjalani rutin seharian. Ketahui dengan lebih lanjut
mengenai bagaimana protein soya dapat membantu golongan ibu.

1. Meningkatkan Seri Kulit
Untuk kulit yang berseri, berikan kulit anda protein yang berkualiti tinggi lengkap dengan kesemua amino asid perlu. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti
estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda. Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit.

2. Menguatkan Rambut dan Kuku
Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak
berkhasiat serta kekurang nutrien, terutamannya protein. Kekurangan asid amino perlu,
menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh.

3.Melegakan Ketidakselesaan Perut
Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan pengambilan makanan
diabaikan dimana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih hati, perut
kembung atau gastritis, sekiranya dibiarkan berlarutan. Protein soya yang mudah disediakan
dan berkhasiat memberikan si ibu hidangan yang cepat pada bila-bila masa, di mana jua.
Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik
berlebihan dan memastikan perut anda sihat.



4.Menyokong Kehamilan Yang Sihat
Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat.

5.Menggalakan Penghasilan Susu Ibu
Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga
kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk
bayi yang baru lahir. Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar.




5 Tips untuk bantu anda pilih sumber Protein yang betul

1. Protein Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan?
Kedua-dua protein tumbuhan dan berasaskan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama. Walaubagaimanapun, sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein soya lebih mudah dihadam, terutamanya di kalangan warga tua.

2. Kandungan Kolesterol Tinggi vs Kolesterol Rendah?
Protein berasaskan tumbuh-tumbuhan mengandungi sifar kolesterol.

3. Kandungan Tinggi Lemak vs Rendah Lemak?
Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas
daripadanya. Jadi, makanlah kacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh yang memberikan anda
protein tanpa lemak berlebihan.

4. GMO vs bukan-GMO?
GMO (Organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO ini telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.

5. Sumber Semulajadi vs Sumber yang diproses?
Seboleh mungkin dapatkan protein anda dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses
mungkin kehilangan kandungan nutrien. Apabila anda tidak mendapat protein yang mencukupi
daripada diet anda, anda boleh memilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid
amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi

Ramai ibu dan wanita telah mendapat kesan yang positif dengan pengambilan susu soya ESP secara konsisten setiap hari. Anda pun wajib merasai kesan baik dari pengambilan susu ESP secara konsisten.

Berita baik untuk semua kerana sepanjang bulan Oktober 2017, dengan pembelian 4 tong ESP, anda layak mendapat diskaun 5%. Sangat berbaloi berbanding khasiat nya yang sangat banyak.

017.4638.639
http://kaknelly.wasap.my

KENAPA NAK MAKAN PROTEIN?

Assalamualaikum

Salah satu sumber makanan yang penting untuk kita ambil adalah protein.Sumber protein boleh didapati daripada haiwan atau tumbuhan.

Protein membina tubuh anda, seperti batu-bata yang membina rumah anda. Ia adalah penting untuk
pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan tisu dalam badan anda, termasuk kulit anda.

Energizing Soy Protein Mixed Soy Protein Isolate Powder (ESP) merupakan minuman yang lazat dan kaya dengan protein berasaskan tumbuhan dan menggalakkan pembaharuan sel untuk membina asas kepada kulit
yang sihat.

Kenapa protein berasaskan tumbuhan  kacang soya perlu menjadi pilihan sebagai salah satu daripada sumber protein harian kita?



Protein Haiwan

Contoh sumber protein haiwan adalah daging kambing, ayam, lembu, telur, tenusu.

Protein haiwan berisiko tinggi mempunyai bahan kimia. Sebagai contoh ayam. Ayam yang diternak diberi suntikan hormon pertumbuhan supaya ayam besar cepat walaupun belum cukup umur sepatutnya.

Selain itu ayam jugan turut disuntik dengan hormon tambah daging. suntikan antibiotik pula untuk ayam tak senang kena jangkitan.

Protein haiwan juga tinggi lemak dan kolesterol yang turut meningkatkan risiko penyakit jantung dan hati lebih tinggi jika diamalkan secara berlebihan.

Protein tumbuhan
Untuk memilih protein tumbuhan yang baik, pastikan protein tersebut dapat lengkapkan nutiris keperluan badan badan

Salah satu sumber protein tumbuhan tumbuhan yang sentiasa menjadi pilihan terutamanya untuk Vegetarian adalah dari kacang soya.

Kacang soya  ada 9 jenis asid amino perlu untuk badan  dan kualiti asis amino kacang soya adalah sama dengan kualiti asid amino perlu dalam protein haiwan.

Kelebihan protein kacang soya pula adalah tiada lemak dan kolesterol. Protein soya juga ada isoflavon yang tiada pada protein haiwan

Tahukah anda badan kita sendiri boleh hasil 11 jenis amino asid yang diperlukan tubuh dan  9 asid amno perlu diambil dari diet harian sama ada dari haiwan atau tumbuhan.

Jadi kita perlu sumber protein yang baik untuk penghasilan  sel kulit yang yang baik dan sihat untuk tubuh.

Kebaikan protein yang sihat (Protein Soya)

1) untuk pembentukan otak, rambut dan kuku yang sihat

2) Kulit yang cantik
     protein - untuk memperbaharui sel kulit yang baru - protein sihat sel kulit baru elok


3) Membekalkan tenaga dan stamina yang berpanjangan serta Vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh kita

4)Phytokimia semulajadi  - ISOFLAVON
Isoflavon dapat membantu mengurangkan risiko kelenjar prostat dan risiko kanser payudara disamping melegakan gejala menopaus. Ia tidak mengganggu fungsi estrogen dalam badan kerana kuantitinya yang sedikit tetapi dapat membantu kawal kesiembangan hormon dalam badan

5)Menyokong kesihatan jantung
25gm protein sehari dapat memberi kesan turunkan kadar kolesterol LDL dalam badan iaitu kolesterol jahatz

6) Membantu menyihatkan salur darah - arteri
mengurangkan risiko  penyakit, stroke, jantung dan darah tinggi

7) Kehamilan
Memastikan pertumbuhan bayi yang sihat dimana sumber protein yang cukup dapat membantu menyokng pertumbuhan bayi dengan lebih sempurna

8) Selepas bersalin
Menambah nutrisi pada susu ibu. Kebaikan susu ibu mengandungi antibodi yang dapat meningkatkan antibodi anak.

ESP ini boleh diamalkan oleh semua golongan termasuk remaja, orang dewasa, ibu hamil dan menyusukan anak dan warga tua.

Keistimewaan ESP
  • Menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetic (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
  • Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
  • Membekalkan 9 asid amino perlu badan
  • Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat
  • ESP dibasuh menggunakan air untuk mengekalkan keaslian isoflavons seperti genistein dan daidzein
  • Indeks Glisemik yang rendah - yang memberi tenaga tanpa meningkatkan gula dalam darah
Kesan kekurangan protein boleh menyebabkan

✔kelemahan sistem imun 
✔masalah lebihan air dlm badan
✔kehilangan kepejalan otot
✔masalah penghadaman
✔masalah penghasilan darah
✔masalah penghasilan hormon

Semoga bermanfaat!

Saya dah berjaya turunkan berat badan sebanyak 7kg  dengan mengamalkan ESP ini. 




Untuk pembelian boleh terus DM

017.4638639