Thursday, 19 October 2017

5 SEBAB KENAPA WANITA WAJIB AMALKAN PROTEIN SOYA

Protein Soya pilihan terbaik untuk ibu yang sibuk!

Assalamualaikum. 

Ibu adalah tunjang rumah tangga.  Seorang ibu mempunyai pelbagai tanggungjawab. Selain daripada menguruskan keluarga dan kerjaya, mereka sering kali mengabaikan diri mereka dan sebaliknya fokus kepada yang lain. Komitmen sebegini menjejaskan pengambilan makanan mereka kerana mereka sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau tidak makan sebarang makanan langsung. Ia adalah amat penting bagi seorang ibu untuk mengambil minuman protein soya kerana ia
dapat memberikan mereka tenaga untuk menjalani rutin seharian. Ketahui dengan lebih lanjut
mengenai bagaimana protein soya dapat membantu golongan ibu.

1. Meningkatkan Seri Kulit
Untuk kulit yang berseri, berikan kulit anda protein yang berkualiti tinggi lengkap dengan kesemua amino asid perlu. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti
estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda. Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit.

2. Menguatkan Rambut dan Kuku
Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak
berkhasiat serta kekurang nutrien, terutamannya protein. Kekurangan asid amino perlu,
menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh.

3.Melegakan Ketidakselesaan Perut
Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan pengambilan makanan
diabaikan dimana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih hati, perut
kembung atau gastritis, sekiranya dibiarkan berlarutan. Protein soya yang mudah disediakan
dan berkhasiat memberikan si ibu hidangan yang cepat pada bila-bila masa, di mana jua.
Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik
berlebihan dan memastikan perut anda sihat.



4.Menyokong Kehamilan Yang Sihat
Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat.

5.Menggalakan Penghasilan Susu Ibu
Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga
kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk
bayi yang baru lahir. Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar.




5 Tips untuk bantu anda pilih sumber Protein yang betul

1. Protein Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan?
Kedua-dua protein tumbuhan dan berasaskan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama. Walaubagaimanapun, sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein soya lebih mudah dihadam, terutamanya di kalangan warga tua.

2. Kandungan Kolesterol Tinggi vs Kolesterol Rendah?
Protein berasaskan tumbuh-tumbuhan mengandungi sifar kolesterol.

3. Kandungan Tinggi Lemak vs Rendah Lemak?
Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas
daripadanya. Jadi, makanlah kacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh yang memberikan anda
protein tanpa lemak berlebihan.

4. GMO vs bukan-GMO?
GMO (Organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO ini telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.

5. Sumber Semulajadi vs Sumber yang diproses?
Seboleh mungkin dapatkan protein anda dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses
mungkin kehilangan kandungan nutrien. Apabila anda tidak mendapat protein yang mencukupi
daripada diet anda, anda boleh memilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid
amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi

Ramai ibu dan wanita telah mendapat kesan yang positif dengan pengambilan susu soya ESP secara konsisten setiap hari. Anda pun wajib merasai kesan baik dari pengambilan susu ESP secara konsisten.

Berita baik untuk semua kerana sepanjang bulan Oktober 2017, dengan pembelian 4 tong ESP, anda layak mendapat diskaun 5%. Sangat berbaloi berbanding khasiat nya yang sangat banyak.

017.4638.639
http://kaknelly.wasap.my

No comments:

Post a Comment