Saturday, 2 December 2017

GUSI BERDARAH BOLEH MEMBAWA MAUT?

Assalamualaikum

Gusi adalah struktur yang melindungi sebagai gigi. Gusi terdiri daripada tisu yang terdapat salur darah didalammya.

Gusi yang sihat biasanya berwarna merah jambu atau pink.
Kalau gusi tidak sihat atau ada jangkitan kuman, gusi akan berwarna kemerahan dan mudah ja berdarah terutamanya bila memberus gigi

Kalau gusi berdarah disebabkan masalah jangkitan pada gusi sahaja, masalah ni sebenarnya masih boleh dirawat dan boleh pulih seperti sediakala. Penyakit gusi yang ini dikenali sebagai gingivitis

Terdapat satu penyakit yang menyebabkan gusi berdarah dan boleh membawa maut tau kalau tak dirawat.

Penyakit ni dinamakan skurvi.



Kelasi dulu kala banyak yang kena penyakit skurvi.
Skurvi berpunca daripada kekurangan Vitamin C yang sangat teruk!

Bila kena skurvi ni, gusi berdarah, ada anaemia dan lama lama berlaku pendarahan bawah kulit yang boleh membawa maut jika tak dirawat segera.

Sebab kelasi ni biasanya akan berlayar atas kapal punya lama, mana nak dapat punca vitamin c yang selalunya ada dalam buah citrus macam oren dan anggur dan juga sayur sayuran.

Bila tiada Vitamin C, pembentukan kolagen yang sokong struktur kulit pun kurang dan tisu kolagen yang rosak pun susah nak baik semula.

Fungsi Vitamin C adalah menggalakan pembentukan kolagen. Selain penting untuk pembentukan kolagen yang menyokong kulit, Vitamin C juga membantu pembentukan ligamen dan tendon.

Kolagen ada seperti gam yang menyokong dan memegang struktur dibawah kulit. Jika tiada kolagen kulit seolah olah tiada tiang dan lama kelamaan struktur kulit akan musnah.

Jadi kes penyakit skurvi ini, pembentukan kolagen terganggu  dan akhirnya pesakit boleh mati jika tidak dirawat.

Selain daripada membantu pembentukan kolagen, Vitamin C juga perlu untuk pembentukan salur darah. Bila salur darah tidak dapat dibentuk dengan sempurna, salur darah mudah pecah lalu gusi pun mudah berdarah dan mula berlaku pendarahan bawah kulit

Selain tu juga perlu untuk kekalkan kesihatan tulang dan gusi serta gigi.

Kesian orang kerja kelasi dulu dulu ni.

Tapi sekarang jarang nak jumpa dah. Masalah gusi berdarah sekarang pun biasanya sebab tak jaga mulut dengan betul.

Jadi walaupun makanan vitamin C dengan banyak, tapi tak berus gigi dengan betul gusi tetap sihat juga.

Jadi jaga kebersihan mulut dan ambil vitamin C untuk kuatkan lagi gusi dan gigi.



Boleh cuba Vitamin C kak Nelly juga. 



Kak Nelly
FB: Nailah Husin

No comments:

Post a Comment