Friday, 16 June 2017

RAHSIA KULIT CANTIK MACAM ORANG KOREA!

Assalamualaikum. 

Semua mesti nak kulit cantik, gebu, mulus dan cerah.

Tapi langit tak selalu cerah. Bukan semua ada kulit yang sehalus kulit bayi. 

Kadang-kadang dah buntu nak pakai skin care apa. Nak ambil supplement apa yang sesuai dan tiada alergi kepada kulit.

Sebelum kita nak rawatan kulit dan dapatkan kulit sehalus pelakon Korea, kita perlu troubleshoot dulu masalah kulit.

Barulah senang kita nak selesaikan masalah. Dah tau punca baru boleh fikir jalan penyelesaian yang tepat!

KENAPA ADA MASALAH KULIT

Faktor pertama adalah Luaran:

1)Tak cuci kulit wajah
Banyak sel kulit mati yang menyumbat liang pori. Akibatnya minyak dari sebaceous gland tak dapat keluar lalu terperangkap dalam pori kulit kita. Bila kotoran terperangkap tu yang menjadi punca jerawat (radang)

2)Kulit kotor, berdebu dan berkuman pun boleh jadi punca jerawat. Biasanya disebabkan kita terdedah kepada persekitaran yang tak bersih la biasanya. Asap kenderaan, debu kilang dan sebagainya lah kan.

3)Salah produk kecantikan.
Produk yang tidak sesuai dgn kondisi kulit yg berminyak atau kering atau kombinasi. Kena tahu kondisi kulit baru boleh jenis produk yang sesuai. Kalau jenis kulit berminyak, bila tersalah pilih mungkin jadi lagi berminyak muka dan tahap boleh goreng telur dah muka kita. Tak ka kes naya kan.

4)Pencemaran udara dan ada bermacam-macam bahan kimia dan kotoran yang kita pun tak tahukan

5)Suka pegang kulit dan picit2 jerawat. Ni sebenarnya paling pantang tau kalau ada jerawat. Lagi dipicit lagi teruk kondisi kulit kita. Yelah kuku kita banyak kuman. Lagi besar jadinya jerawat tu nanti. Dan parut pun besar.

Faktor kedua kita lihat dari segi dalaman:

1)Sebaceous gland terlampau aktif hasilkan minyak.

2)Perubahan hormon. 
Seperti remaja
Wanita mengandung atau lepas mengandung.
Wanita yang ambik pil perancang atau stop pil perancang.

3)Stress. Bila stress sistem pertahanan badan jadi lemah. memang akan mudah la naik jerawat dan sebagainya termasuklah kita pun mudah jatuh sakit

4)Pemakanan kita yang tidak sihat pun sebenarnya boleh mempengaruhi keadaan kulit kita

i)Banyak gula
ii)berminyak

Contohnya makanan manis, fast food, processed food. Jenis makanan ini dikenali boleh mengaktifkan radang pada sel dan sel kulit. 

Dalam masa yang sama makanan ni menaikkan insulin dgn cepat dan mengakibatkan aktif kilang minyak pada kulit.

Tuesday, 13 June 2017

TIP 3: MINUM AIR SECUKUPNYA


Assalamualaikum

TIPS DIET TANPA TOLAK NASI  yang ketiga adalah perlu minum air secukupnya

Kenapa apa air sangat penting?

Untuk kekalkan hidrasi dan bagi sel kita dapat berfungsi dengan baik.

Anda boleh kira keperluan air badan korang ikut formula ni

Setiap 25kg berat badan = 1 liter air yang perlu diambil

Air ni tak semestinya air kosong, mungkin air dapat dari sup yang kita minum, air manis, air dalam buah

Kalau nak sihat dan kurus kena pandai pilih air yang betul

Pilih air kosong sahaja sebab air kosong 0 kalori. Anda boleh jimat dah kalori disitu

TAPI janganlah terlalu obses nak kurus sampai minum 10 liter air sehari! mungkin akan mati kalau macam tu.

Kenapa tidak boleh terlalu lebih air??

Badan kita sebenarnya tak boleh juga terlebih air. dia akan buat sel mengembang dan membengkak dan beri kesan kepasa sel otak.

Adala satu cerita di surat khabar tentang seorang perempuan, warga Taiwan, dia minum air 7 liter sebab nak buang toksin dan turunkan tekanan darah. Akhirnya dia buta/ penglihatan kabur

sebab apa?

dia akan beri kesan kepada sel otak kita dan sodium dalam sel akan berkurangan dan jadikan sel kita bengkak

Tetapi jangan lah takut sangat nak minum air lepas ni. Berpada-pada tau

Pengambilan air tidak statik sepanjang tahun. Biasanya perlu lebih air bergantung kepada
- cuaca
- pengambilan garam
- pengambilan karbo
- senaman

kalau banyak makan garam, kena tambah lagi minum air

kalau bersenam kena tambah juga minum air

tapi orang yang kuat exercise ni atau work out disarankan untuk ambil minuman isotonik juga.

sebab nak seimbangkan semula elektrolit dalam badan.

Contoh 100 plus atau Performances

Selamat mencuba!

PERFORMANCE
#KempenKurusByCoachAisyah

Sunday, 11 June 2017

TIP 2: TAHU KALORI IKUT KEPERLUAN BADAN ANDA

Assalamualaikum

TIPS DIET TANPA TOLAK NASI yang kedua adalah kita perlu tahu kalori mengikut keperluan badan anda.

Kalori ni apa?

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Biasanya dalam unit Kcal

Badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Secara purata keperluan kalori adalah seperti berikut:

Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Dan keperluan kalori berbeza antara kanak-kanak, orang dewasa, warga tua dan ibu menyusukan anak.

Sebab apa kita nak tahu kalori yang diperlukan oleh badan?

Supaya kita tak makan terlebih dari kalori yang diperlukan oleh badan

http://www.calculator.net/calorie-calculator.html

Sebagai contoh. kalori anda perlukan 2000 kalori setiap hari

2000 kalori ni kalau anda setiap hari makan bersamaan 2000 kalori jugak, berat badan anda akan sama.

Jadi untuk kekalkan berat badan anda kena ikut kalori yang diperlukan tu.

tapi kalau nak kurangkan berat badan kena kurangkan dari kalori tadi

Konsep sama macam nasi. Nak mantain makan segenggam. nak kurus makan kurang


Macam mana nak kira kalori setiap makanan?

Asalkan anda tahu serba sedikit bab kalori ni. tak perlu mahir pon dan penting anda tahu apa yang anda makan setiap hari

CONTOH KALORI MAKANAN




Jom kita kira-kira sikit

Cuba kira ikan kembong kari berkuah + nasi sengenggam + terung + tembikai 1 potong

Ikut table kalori dalam 279 kalori

tu bukan kalori yang tepat sangat lah. Kita katalah lebih kurang 300 kalori sebab mungkin terung tu dibakar dan ada sedikit minyak. 

kalau anda maintain makan lebih kurang macam ni untuk 2 kali makan nasi baru 600 kalori

kalau terlebih dari kalori yang diperlukan tadi kena pandai-pandai tolak sendiri

Sedikit tips dia :
  • pagi - makan ringan
  • 10pg - snack (buah)
  • tengahari - nasi
  • petang - kacang/ kuih yang rendah kalori
  • malam - nasi
Tapi mesti ada yang rasa macam susah nak kira kan. Nak ingat semua tu kan?

Ni tips kacang!

ANDA JANGAN OBSES DENGAN KALORI!

Bayangkan saja berapa kali ambil nasi, makan real food/raw (kurang kalori berbanding yang dimasak dan digoreng).

Kalau pergi kedai, boleh tinjau dulu tempat makan tu. Tinjau menu yang ada

Mula dengan pilih protein (ayam/ikan,daging yang dibakar, direbus atau steam), baru pilih karbohidrat & sayur (ulam ulaman lebih baik)

Info penting kenapa kena kurangkan kalori

sebab bila kita kurangkan kalori yang kita makan, secara automatik akan ada kalori defisit (perbezaan antara kalori masuk dan keluar).

Dari kalori defisit ni lah badan kita akan cari lemak lemak yang terkandung dalam badan kita untuk dibakar.

Tapi jangan sebab nak kurus sangat anda kurangkan sangat-sangat makan sebab badan kita perlukan tenaga juga, organ perlukan tenaga untuk bekerja. kalau kurang tenaga organ akan terganggu untuk bekerja

Kalau rasa susah tentang kalori ni, ingat satu saja, KURANGKAN JUMLAH MAKANAN

Selamat mencuba dan selamat menurunkan berat badan

TAHUKAH ANDA?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

#KempenKurusByCoachAishah

 

TIP 1: KURANGKAN NASI DARI SEGENGGAM TANGAN ANDA

NASI TAK SALAH LANGSUNG!!

Kesian nasi kan. Asal nak diet kuruskan badan ja kata tidak boleh makan nasi.

Orang Melayu khasnya dan masyarakat Malaysia amnya,  nasi tu dah sebati dalam jiwa raga dan merupakan makanan ruji.

Macam mana nak jaga pemakanan untuk mengurangkan berat badan tapi masih boleh makan nasi?

KONSEP SEGENGGAM NASI.

Untuk kekalkan berat badan, kita boleh amalkan makan sengenggam nasi mengikut saiz genggaman kita.

Nak makan nasi 3-5 kali sehari pon boleh.

TAPI kalau nak kurangkan berat badan mestilah kurangkan nasi dari segenggam tangan

SEGENGGAM TANGAN NASI = 150 kalori

Ada pula yang tanya kenapa kita kena makan nasi sedikit saja?

Konsepnya macam ni. Kita makan dalam bahagian yang sedikit tapi banyak kali. Jadi kita akan rasa cukup saja makan nasi tu

Sebab apa kena kurangkan nasi dari segenggam tadi?

Sebab kita nak kurangkan berat badan lah.

Bila kita kurangkan nasi kita sudah mengurangkan jumlah gula yang masuk kedalam badan kita. Nasi ni adalah karbohidrat yang akan ditukar kepada glukosa tau, mudahnya dikira gula lah yang akan ditukarkan kepada tenaga.

Tapi bila gula ni banyak dia akan disimpan sebagai lemak di hati.
Jadi kena faham, kita makan nasi untuk tenaga bukan untuk simpan lemak.

JANGAN makan banyak banyak sekali gus. Makan sikit sikit tetapi kerap.


Macam mana nak ukur segenggam nasi? Segenggam nasi bersamaan brapa senduk pula?

Jadi caranya macam ni

Letak 1 senduk dulu dan agak serta lihat lebih tak dari segenggam tangan

ATAU buat segenggam tangan atas nasi kita tu. Kalau berlebih boleh kurangkan letak balik dalam periuk

Saiz genggaman orang berbeza, jadi ikut saiz tangan sendiri ya

Seba bila saiz tangan besar, mungkin badan pon besar dan memerlukan kalori yang lebih berbanding tangan orang kecil.

p/s Boleh guna pinggan kecil, sebab bila dah nampak penuh dalam pinggan, kita akan kurangkan lagi nasi. Kalau pinggan besar, nampak kosong , nanti tambah lagi pula

Selamat mencuba
#KempenKurusByCoachAishah

Love,
Nailah
017.4638.639
#organicsupplement
#nelashaklee

Friday, 9 June 2017

RAHSIA KULIT SIHAT DAN MENAWAN

Assalamualaikum

Semua orang terutamanya wanita pasti nak kulit wajah yang cantik berseri-seri. Tapi kadang-kadang macam-macam cara dah cuba produk kecantikan tapi masih tak dapat hasil yang diinginkan.

Salah satu cara nak dapat kulit yang sihat adalah dengan menjaga pemakanan dan minum air secukupnya.

Bila air dalam badan cukup, barulah sel kulit kita segar dan dapat berfungsi dengan baik


Hari ni saya nak kongsikan tentang makanan yang bagus untuk kulit:

1)Makanan yang kaya dgn omega-3-fatty acid. Omega 3 ni akan bertindak sebagai anti radang.

Contoh makanan yang ada kandungan omega-3 yang banyak adalah minyak ikan, ikan laut dalam. contohnya Ikan Salmon


Sebagai alternatif terdapat makanan tambahan yang kaya Omega-3 seperti Omega Guard



2)Makanan yang kaya dengan zat besi atau zink. Zat besi ni boleh didapati daripaha hati haiwan (liver) dan labu


Zink berfungsi untuk mengurangkan radang dan jerawat


 

3)Kita juga boleh ambil makanan dalam bentuk Jus buah. Jus buah-buahan yang kaya dengan beta carotene iaitu vitamin A. Vitamun A dikenali sebagai anti radang, kontrol kilang minyak pada kulit.

Contoh buah yang mempunyai jus kaya Vitamin A adalah kategori berries (strawberi, blueberry), lobak merah


Vitamin A juga sangat bagus untuk kesihatan mata

Jika makanan tambahan yang kaya Vitamin A, boleh ambil Carotomax

 

4)Makanan yang kaya Anti oxidant. Anti oxidant ni akan  menjaga sel kulit dari menjadi kering, rosak, kusam dan berkedut Selain membantu menghasilkan sel kulit yang cantik, segar dan baru.

Nilah rahsia untuk sentiasa awet muda dan kulit sentiasa lembap.

Boleh ambil berries, avocado sebab banyak anti oxidant dalam buah-buah ni
 

Kalau tak mampu nak ambil buah banyak-banyak boleh ambil supplement vitamin C, Vitamin E, Vivix dan Carotomax

5)Makanan terakhir untuk kulit cantik adalah semestinya yang kaya dengan kolagen. Kolagen sejenis protein yang diperlukan untuk repair kulit, anjalkan kulit dan menegangkan kulit.



Semakin berusia kita semakin kehilangan kolagen dan penghasilan kolagen tidak secepat masa muda.

Perlu ambil protein yang cukup dari diet harian untuk pastikan sel kulit cantik yang baru dapat dibina

Terdapat juga makanan tambahan yang boleh membantu pembinaan kulit yang diperbuat daripada soya. Iaitu ESP (energizing soy Protein).


Kebaikan protein soya adalah tiada kolesterol dan lemak berbanding protein haiwan. Dan ESP dihasilkan dari kacang soya Non-GMO. Selain itu soya mempunyai Isoflavin yang dapat membantu pengawalan hormon dalam badan.

Jika berminat mendapatkan makanan tambahan untuk kecantikan kulit, boleh Whatapps saja di
017.4638.639









Wednesday, 7 June 2017

TIPS DIET TANPA TOLAK NASI

Assalamualaikum 

Hari ni saya nak kongsi tips yang saya dapat dalam kelas tentang

10 TIPS DIET TANPA TOLAK NASI 

Nasi memang makanan ruji orang Malaysia. Susah nak jaga pemakanan dan turunkan berat tanpa ambil nasi. Harap tips ini dapat membantu anda semua!

Selamat mencuba

1. Kurangkan nasi dari segenggam tangan anda.


2. Tahu kalori mengikut keperluan badan anda.


3. Minum air secukupnya


4. 5-6 hidangan setiap hari dengan portion yang kecil


5. Lebihkan protein dalam hidangan


6. Kurangkan GARAM, GULA, KOLESTEROL


7. Amalkan gaya hidup sihat


8. Elakkan processed food


9. Fokus kepada turunkan LEMAK BADAN bukan BERAT BADAN


10. Buang toksin dalam badan (detoks)
.
.
pastikan anda amalkan diet yang betul

1. kekalkan otot bukan buang otot (boleh ambil protein shake sebagai tambahan protein harian)


2. kena buang toksin dulu sebelum makan supplement bantu kurus atau buat diet. (boleh amalkan makan buahan, sayuran hijau, atau supplement detox Shaklee)


#KempenKurusByCoachAisyah 
017.4638.639

SAYA NAK KURUS!

Assalamualaikum

Kenapa sibuk-sibuk sangat nak kurus ni ya?

apa yang dimaksudkan kurus tu?

Kurus yang maksudkan adalah BMI yang ideal. Bukan kurus yang angin tiup pun melayang tu. Tu aneroxia!!

Apa pula BMI (Body MassIndex)?

BMI adalah ukuran untuk berat badan manusia berdasarkan berat individu dan ketinggian mengikut jantina

Skala normal adalah antara 18.5 ke 25

Macam mana nak kira?

BMI = (Berat dalam KG) / [ Tinggi (M)X Tinggi (M)]

Tetapi bergantung juga kepada beberapa faktor seperti orang yang lebih berotot dan kepadatan tulang lebih tinggi dan jantina.

Tetapi diri sendiri lebih tahu sama ada kita ni lebih berat badan atau obese.

sebab apa yang beriya-iya nak turunkan berat badan?

Sebab

1. MASALAH KESIHATAN - Ramai orang yang obes akan menghadapi banyak risiko masalah kesihatan. Paling comman ialah akan kena serangan jantung, darah tinggi atau diabetes

2. Kita nak ke tengok satu hari nanti anak anak atau saudara mara kita berpenat penat jaga kita sebab kita sakit. Bukan sakit disebabkan buatan orang. Tapi buatan diri sendiri!!

3. dan yang KETIGA berkait dengan tanggungjawab diri kita sebagai seorang makhluk juga. Bila sihat senang beribadah dengan sempurna.

Sekarang saya tengah berusaha turunkan berat badan dengan mengawal pemakanan dan bantuan supplement dari Shaklee

Dari 68.6 kg sekarang dah 63 kg dalam masa sebulan

Jom sama-sama kurangkan berat badan yang lebih ideal

whatapps
017.463.8639

TIP PENYUSUAN SUSU IBU

Assalamualaikum

Saya nak kongsi sedikit tip tentang penyusuan susu ibu. Alhamdulillah kedua orang puteri berjaya menyusu sehingga usia dua tahun.


1. Fahami dengan jelas terang dan nyata konsep Demand Vs Supply : Ada permintaan ada Bekalan

2. Jaga pemakanan, Banyakkan makanan yang sihat dan air kosong sangat penting

3. Sokongan keluarga terutamanya suami

4. Jika mengepam susu untuk anak, niatkan supaya cukup untuk anak. Bukan nak penuhkan deep freezer. Stok untuk 2 minggu sudah memadai. Kalau lebih your are blessed.

5. Elakkan stress, menyusukan anak dan mengepam perlukan ketenangan

6. Milkbooster? Fahamkan demand vs supply. Supplement pun untuk bekalkan tenaga untuk ibu dan lebih nutrisi pada susu anak. Milkbooster mungkin 5% atau tiada pun.

7. Tiada jalan mudah untuk berjaya. Mak menyusu banyakkan korbankan masa rehat. But berbaloi untuk kesihatan anak

7. Banyakkan berdoa

Tips mak anak 2 yang masih menyusukan baby 2 tahun lebih. Cuma dah berhenti mengepam sehingga diberitahu kelak

Love,
Nailah

Tuesday, 6 June 2017

TIPS GIGI SIHAT

Assalamualaikum
Salam sejahtera

TIP GIGI SIHAT

🌷Berus gigi 2 kali sehari terutamanya sebelum tidur. Berus lidah juga 👅.

🌷Guna ubat gigi berfluorida

🌷Kurangkan makan manis-manis. Struktur gigi paling kuat dalam tubuh badan pun boleh rosak inikan pula organ lain

🌷 Flos- supaya boleh bersihkan celah gigi yang tak dapat dicapai dengan berus

🌷 Tukar berus gigi bila dah kembang. Cuba berus lantai dengan berus kembang macam misai atau sapu dengan penyapu macam misai, agak-agak bersih tak?

🌷 Makan sayur dan buah buah untuk kesihatan mulut dan badan

🌷 Jumpa doktor gigi setiap 6 bulan. Paling payah wajibkan setahun sekali

🌷Cuci gigi atau scaling untuk buang karang gigi keras macam batu. Plak gigi sila berus sendiri😬

🌷penggunaan ubat kumur? Atas pilihan sendiri. Berus dengan betul dan flos sudah memadai


GIGI WARISAN KITA

Love,
Nailah