Sunday, 11 June 2017

TIP 2: TAHU KALORI IKUT KEPERLUAN BADAN ANDA

Assalamualaikum

TIPS DIET TANPA TOLAK NASI yang kedua adalah kita perlu tahu kalori mengikut keperluan badan anda.

Kalori ni apa?

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Biasanya dalam unit Kcal

Badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Secara purata keperluan kalori adalah seperti berikut:

Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Dan keperluan kalori berbeza antara kanak-kanak, orang dewasa, warga tua dan ibu menyusukan anak.

Sebab apa kita nak tahu kalori yang diperlukan oleh badan?

Supaya kita tak makan terlebih dari kalori yang diperlukan oleh badan

http://www.calculator.net/calorie-calculator.html

Sebagai contoh. kalori anda perlukan 2000 kalori setiap hari

2000 kalori ni kalau anda setiap hari makan bersamaan 2000 kalori jugak, berat badan anda akan sama.

Jadi untuk kekalkan berat badan anda kena ikut kalori yang diperlukan tu.

tapi kalau nak kurangkan berat badan kena kurangkan dari kalori tadi

Konsep sama macam nasi. Nak mantain makan segenggam. nak kurus makan kurang


Macam mana nak kira kalori setiap makanan?

Asalkan anda tahu serba sedikit bab kalori ni. tak perlu mahir pon dan penting anda tahu apa yang anda makan setiap hari

CONTOH KALORI MAKANAN




Jom kita kira-kira sikit

Cuba kira ikan kembong kari berkuah + nasi sengenggam + terung + tembikai 1 potong

Ikut table kalori dalam 279 kalori

tu bukan kalori yang tepat sangat lah. Kita katalah lebih kurang 300 kalori sebab mungkin terung tu dibakar dan ada sedikit minyak. 

kalau anda maintain makan lebih kurang macam ni untuk 2 kali makan nasi baru 600 kalori

kalau terlebih dari kalori yang diperlukan tadi kena pandai-pandai tolak sendiri

Sedikit tips dia :
  • pagi - makan ringan
  • 10pg - snack (buah)
  • tengahari - nasi
  • petang - kacang/ kuih yang rendah kalori
  • malam - nasi
Tapi mesti ada yang rasa macam susah nak kira kan. Nak ingat semua tu kan?

Ni tips kacang!

ANDA JANGAN OBSES DENGAN KALORI!

Bayangkan saja berapa kali ambil nasi, makan real food/raw (kurang kalori berbanding yang dimasak dan digoreng).

Kalau pergi kedai, boleh tinjau dulu tempat makan tu. Tinjau menu yang ada

Mula dengan pilih protein (ayam/ikan,daging yang dibakar, direbus atau steam), baru pilih karbohidrat & sayur (ulam ulaman lebih baik)

Info penting kenapa kena kurangkan kalori

sebab bila kita kurangkan kalori yang kita makan, secara automatik akan ada kalori defisit (perbezaan antara kalori masuk dan keluar).

Dari kalori defisit ni lah badan kita akan cari lemak lemak yang terkandung dalam badan kita untuk dibakar.

Tapi jangan sebab nak kurus sangat anda kurangkan sangat-sangat makan sebab badan kita perlukan tenaga juga, organ perlukan tenaga untuk bekerja. kalau kurang tenaga organ akan terganggu untuk bekerja

Kalau rasa susah tentang kalori ni, ingat satu saja, KURANGKAN JUMLAH MAKANAN

Selamat mencuba dan selamat menurunkan berat badan

TAHUKAH ANDA?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

#KempenKurusByCoachAishah

 

No comments:

Post a Comment