NASI TAK SALAH LANGSUNG!!
Kesian nasi kan. Asal nak diet kuruskan badan ja kata tidak boleh makan nasi.
Orang Melayu khasnya dan masyarakat Malaysia amnya, nasi tu dah sebati dalam jiwa raga dan merupakan makanan ruji.
Macam mana nak jaga pemakanan untuk mengurangkan berat badan tapi masih boleh makan nasi?
KONSEP SEGENGGAM NASI.
Untuk kekalkan berat badan, kita boleh amalkan makan sengenggam nasi mengikut saiz genggaman kita.
Nak makan nasi 3-5 kali sehari pon boleh.
TAPI kalau nak kurangkan berat badan mestilah kurangkan nasi dari segenggam tangan
SEGENGGAM TANGAN NASI = 150 kalori
Ada pula yang tanya kenapa kita kena makan nasi sedikit saja?
Konsepnya macam ni. Kita makan dalam bahagian yang sedikit tapi banyak kali. Jadi kita akan rasa cukup saja makan nasi tu
Sebab apa kena kurangkan nasi dari segenggam tadi?
Sebab kita nak kurangkan berat badan lah.
Bila kita kurangkan nasi kita sudah mengurangkan jumlah gula yang masuk kedalam badan kita. Nasi ni adalah karbohidrat yang akan ditukar kepada glukosa tau, mudahnya dikira gula lah yang akan ditukarkan kepada tenaga.
Tapi bila gula ni banyak dia akan disimpan sebagai lemak di hati.
Jadi kena faham, kita makan nasi untuk tenaga bukan untuk simpan lemak.
JANGAN makan banyak banyak sekali gus. Makan sikit sikit tetapi kerap.
Macam mana nak ukur segenggam nasi? Segenggam nasi bersamaan brapa senduk pula?
Jadi caranya macam ni
Letak 1 senduk dulu dan agak serta lihat lebih tak dari segenggam tangan
ATAU buat segenggam tangan atas nasi kita tu. Kalau berlebih boleh kurangkan letak balik dalam periuk
Saiz genggaman orang berbeza, jadi ikut saiz tangan sendiri ya
Seba bila saiz tangan besar, mungkin badan pon besar dan memerlukan kalori yang lebih berbanding tangan orang kecil.
p/s Boleh guna pinggan kecil, sebab bila dah nampak penuh dalam pinggan, kita akan kurangkan lagi nasi. Kalau pinggan besar, nampak kosong , nanti tambah lagi pula
Selamat mencuba
#KempenKurusByCoachAishah
Love,
Nailah
017.4638.639
#organicsupplement
#nelashaklee
No comments:
Post a Comment