Tuesday, 13 June 2017

TIP 3: MINUM AIR SECUKUPNYA


Assalamualaikum

TIPS DIET TANPA TOLAK NASI  yang ketiga adalah perlu minum air secukupnya

Kenapa apa air sangat penting?

Untuk kekalkan hidrasi dan bagi sel kita dapat berfungsi dengan baik.

Anda boleh kira keperluan air badan korang ikut formula ni

Setiap 25kg berat badan = 1 liter air yang perlu diambil

Air ni tak semestinya air kosong, mungkin air dapat dari sup yang kita minum, air manis, air dalam buah

Kalau nak sihat dan kurus kena pandai pilih air yang betul

Pilih air kosong sahaja sebab air kosong 0 kalori. Anda boleh jimat dah kalori disitu

TAPI janganlah terlalu obses nak kurus sampai minum 10 liter air sehari! mungkin akan mati kalau macam tu.

Kenapa tidak boleh terlalu lebih air??

Badan kita sebenarnya tak boleh juga terlebih air. dia akan buat sel mengembang dan membengkak dan beri kesan kepasa sel otak.

Adala satu cerita di surat khabar tentang seorang perempuan, warga Taiwan, dia minum air 7 liter sebab nak buang toksin dan turunkan tekanan darah. Akhirnya dia buta/ penglihatan kabur

sebab apa?

dia akan beri kesan kepada sel otak kita dan sodium dalam sel akan berkurangan dan jadikan sel kita bengkak

Tetapi jangan lah takut sangat nak minum air lepas ni. Berpada-pada tau

Pengambilan air tidak statik sepanjang tahun. Biasanya perlu lebih air bergantung kepada
- cuaca
- pengambilan garam
- pengambilan karbo
- senaman

kalau banyak makan garam, kena tambah lagi minum air

kalau bersenam kena tambah juga minum air

tapi orang yang kuat exercise ni atau work out disarankan untuk ambil minuman isotonik juga.

sebab nak seimbangkan semula elektrolit dalam badan.

Contoh 100 plus atau Performances

Selamat mencuba!

PERFORMANCE
#KempenKurusByCoachAisyah

No comments:

Post a Comment