Assalamualaikum
Hari ini Kak Nelly nak kongsi 1 artikel yang Kak Nelly dah baca dekat WebMd
Cerita tentang manfaat bersenam. Dekat situ dia dah senaraikan 12 Manfaat bersenam untuk kesihatan.
Mengurangkan berat badan bukan satu-satunya alasan untuk bersenam. Dari mengurangkan tekanan emosi kepada peningkatan harga diri, jom kita lihat apa lagi manfaat bersenam dan kenapa anda perlu mulakan tabiat bersenam secara konsisten
1. Emosi lebih baik
Mood tidak baik? Pergilah bersenam.
Sebab apa? Sebab dengan senama membuat anda berasa lebih bahagia. Apabila anda bersenam, badan akan meransang perembesan hormon endorfin - hormon yang meransang emosi lebih gembira di otak.
Sebenarnya kita boleh mula berasa lebih baik dalam beberapa minit selepas bersenam. Tetapi kesan senaman secara berterusan sebenarnya boleh membawa manfaat dalan jangka masa yang lama
2.Lebih bertenaga
Kadang-kadang kita tak jangka pun yang sebenarnya menggunakan tenaga untuk bersenam memberikan kita lebih tenaga dan lebih bersungguh-sungguh.
Bila letih, perkara terakhir yang kita mahu lakukan adalah bergerak. Tetapi apabila anda bersenam secara teratur, keletihan itu hilang dan anda mendapati diri anda cergas dan bertenaga
yu
3. Tidur malam yang lebih lena
Lakukan senaman secara teratur untuk membantu anda tidur lebih cepat dan tidur lebih nyenyak. Semakin banyak anda bersenam, lebih cenderung anda mempunyai tidur malam yang baik.
Tidak kira masa apabila anda bersenam sama ada siang atau malam, selagi anda tidak mempunyai masalah tidur. Sekiranya anda menghadapi masalah tidur lakukanlah senaman lebih awal pada hari itu.
4. Meningkatkan keyakinan diri
Mulakan senaman contohnya berjalan 1 km dan tingkatkan senaman denngan lebih jauh.
Kejayaan seperti itu dapat meningkatkan harga diri anda dan membuat anda siap untuk menakluk apa sahaja. Latihan berterusan membuat anda berasa baik tentang diri anda.
Cubalah senaman, anda lebih yakin dengan diri!
5. Mengurangkan stres
Serius senaman menenangkan badan dan otak anda. Selepas badan anda bekerja keras, tahap hormon tekanan - seperti adrenalin dan kortisol - jatuh.
Tekanan dan keresahan hilang, terutamanya selepas latihan aerobik.
Jika rasa tertekan, boleh senaman ringan dulu. Pasti membantu
6. Lebih produktif
Mahu menjadi lebih cekap di tempat kerja?
Ambil masa rehat sebentar dan lakukan senaman ringan.
Dalam satu kajian, orang yang bergerak di tengah hari adalah lebih produktif apabila mereka kembali bekerja.
Mereka juga lebih bahagia dan lebih baik dengan rakan sekerja mereka.
Happy reading!
Kak Nelly
Nak cari supplement boleh roger-roger
017.4638.639
No comments:
Post a Comment