Friday, 21 July 2017

TIPS 9&10: DIET TANPA TOLAK NASI

Assalamualaikum


Kak Nelly harap semua sihat hendaknya. Si Kakak masih warded. Demam tak kebah-kebah puncanya.


Rupanya Influenza A.


Alhamdulillah selepas 4 hari dah kebah demamnya. Cuma masih ada kahak sedikit lagi. Cepat-cepat discaj ye nak.


Sambil-sambil tunggu anak ni ada lah kesempatan bak update blog.


Nak sambung tips diet tanpa tolak nasi yang seterusnya lah ni




Fokus kepada turunkan LEMAK BADAN bukan BERAT BADAN


Pernah tak anda tengok dimana dua keadaan

1 orang saiz kecil dan besar tapi berat diorang berdua ni sama?


Apa beza dua orang ni walaupun berat mereka sama? Bezanya adalah kepada inchloss dan lemak!


Ada orang kecil, tapi berat sama macam orang saiz besar sebab dia jaga otot dia dan buang lemak dia


Ada orang besar sama berat macam orangkecil  sebab dia hilang otot dia tapi dia banyak lemak.


Lemak ni kalau kita tengok boleh gemukkan badan kan. sebab amount dia banyak tapi ringan.


tu pasal orang yang kecik tadi beratnya tak jauh beza atau sama dengan org yang saiz besar

 




bayangkan ada 2 orang berat sama.


1 yang bersaiz besar sebab ada lemak yang banyak berat 5 pound


1 saiz kecik sebab ada otot yang banyak berat 5 pound


kira yang kecil berat dia boleh sama dengan yang besar sebab badan dia berotot. tapi kenapa yang besar tak boleh sama saiz macam yang kecil, padahal berat sama je. sebab dia berlemak dan tak buang lemak


dalam nak turunkan berat badan, kita fokus kepada buang lemak


1. buang lemak : lemak je hilang

2. buang berat : lemak, air, otot akan hilang


Kita nak yang buang lemak tu ja tau,bukan buang air dan otot sekali.

sebab kita perlu bina otot kita, bagi pejal sebab  kita nak tinggikan metabolism dan lagi banyak bakar kalori dan lemak.


Berbalik kepada buang lemak dan buang berat tadi ada tak terfikir tak macam mana kita nak berdiet untuk buang lemak bukan buang otot?


sebab bila kita fokus nak turunkan berat badan, biasanya kita akan start diet melampau, senam melampau. lepastu akan mengalami step buang otot . ni salah besar dalam menurunkan berat badan


sebab bila kita buat aktivti melampau ni, otot kita akan hilang, dan akan jadikan metabolism rate kita rendah. Lagilaj susah nak bakar lemak lepas ni.


ok cara nak buang lemak bukan buang otot (sebab kita perlukan otot untuk bakar lemak) :


1. Cukupkan pengambilan protein


protein kena ambil  80-100 gram sehari untuk orang dewasa

boleh amalkan makan ayam,daging,telur, ikan. dan boleh juga ambil protein drink


Kak Nelly memang hari-hari minum protein shake ESP shaklee. Jadi dah ada 14g protein kat situ. Yang lain ambil ikan ayam telur ke masa lunch dan dinner. kita perlukan protein yang cukup untuk sokong dan pejalkan otot kita. baru senang nak bakar lemak








Lagi satu boleh juga amalkan Cinch. Cinch ada leucine yang bantu untuk bakar lemak dan jaga otot dalam masa yang sama. Sangat sesuai untuk orang yang nak kurus


2. Jangan terlalu kurangkan kalori


Kenapa tak boleh kurangkan kalori terlalu banyak? Sebab kita tak nak bagi otot kita hilang sampai tak cukup nutrisi yang boleh support otot kita dan metabolism kita jugak akan rendah


3. Kurangkan kekerapan dan bilangan weight training. 


Sebab kita dah kurangkan kalori dengan kurangkan makanan. Tak perlulah lagi senaman berlebihan


secara automatiknya berat kita akan berkurang dan kalau kita buat exercise lagi. kita perlukan banyak lagi tenaga untuk bakar kalori. padahal kita dah kurangkan kalori dalam pemakanan


jadi kalau yang jenis yang pergi exercise selalu, jangan kurangkan kalori makanan terlalu banyak


dan make sure tak terlalu kerap sebab kita nak bagi otot ada masa untuk dibina semula.


kita tak nak  bagi otot pressure. dan energy kita sampai hilang.


dan make sure sebelum workout atau exercise pergi makan dulu 1 @ 2 jam sebelum




Banyak mana perlu kurangkan kalori?


jumlah yang terbaik n ideal untuk kurangkan kalori ialah sebanyak 20% sahaja. jangan lebih dari tu


proses penurunan berat ni kita kena slow je. tak boleh nak turun 10kg terus 1 bulan. bahaya untuk otot kita n organ badan kita yang lain


contoh kita kena ambil 1800kcal untuk maintain berat,


so bila kurangkan 20%, anda hanya perlu ambil 1440kcal je sehari.


ok tu 3 step simple yang korang boleh ikut untuk buang lemak. bukan buang otot tau


Happy reading dan semoga bermanfaat


#KempenKurusByCoachAishah



No comments:

Post a Comment