Ada 10 tips Nelly nak kongsi sebenarnya.
Tak susah pun nak ikut. Yang penting anda kena rajin.
Kalau malas, tak dapat Nelly nak bantu๐ฌ
TIPS DIET TANPA TOLAK NASI YANG KE-6
Kurangkan GARAM, GULA, KOLESTEROL
kenapa kena kurangkan garam?
Sebab makan garam banyak akan tingkatkan kandungan air dalam badan.
Jadi water retention. Kira badan banyak air
Nak tahu badan anda banyak makan garam ke tak
boleh cuba tip ni
Anda buat macam ni๐ช
Lepas tu sentuh bawah tangan tu bergoyang tak?
Kalau bergoyang itu menunjukkan yang anda gemuk air.๐ฑ
Cara nak kurangkan gemuk air ni kena kurangkan garam lah.
kalau nak tengok lagi dahsyat, sila tengok kat peha atau betis masing-masing.
Sekarang nak cerita tentang gula pula.
GULA berlebihan akan disimpan sebagai lemakkkk!
So kurangkan gula maniskan senyuman๐
Gula bukan dari gula halus yang diambil setiap hari tu tau
Kita kena tahu gula datang dari bermacam bentuk RAHSIAAA
1. gula dari nasi
2. gula dari makanan ringan/ makanan diproses
3. gula dari minuman manis
4. gula dari creamer,susu etc
jangan l kata, aku selamaaattt tak minum air manis pon.
Padahal makan nasik penuh pinggan
Jika betul-betul nekad nak turunkan berat, kena elakkan makanan diproses. Sebab banyak gula tersembunyi dalam makanan tu
tips senang : korang kalau teringin sangat nak makan biskut atau cekedis kadang2 tu, semak nutrition fact kat belakang kotak dan tengok bahagian gula dan kalori.
Pastu anda akan insafffff dan letak balik kotak biskut tu๐๐
Sekarang masuk bab Kolesterol pula
kenapa nak kurangkan makanan yang tinggi kolesterol?
biasanya makanan yang digoreng, makanan yang diproses tu lah tinggi kolesterol.
ok nak tahu lebih ke pasal kolesterol ni?
LEMAK ADA 3 JENIS :
1. Lemak tepu - tak bagus
2. Lemak tak tepu - bagus
3. Lemak trans
LEMAK TEPU
Cara nak kenal lemak tepu : berbentuk pepejal pada suhu bilik. Kebanyakan dari haiwan.
Contoh :
-lemak melekat kat haiwan seperti ayam, daging,ikan.
ada juga berbentuk minyak contohnya, minyak tropical : minyak kelapa, minyak kelapa sawit, cocoa butter
-makanan diperbuat daripada mentega, marjerin, shortening.
bila makan ayam, jangan ambil bahagian lemak tu. amik bahagian dada yang tiada lemak tu
kurangkan ambil makanan yang ade marjerin, mentega macam dalam dessert
dalam dessert biasanya ada butter. Kena kurangkann kalau betul nak sihat dan kurus
kolesterol bukan bab kurus je tau , tapi bab kesihatan. boleh buat blockage kat salur darah dan jadikan darah tinggi, sakit jantung
LEMAK TAK TEPU
Cara nak kenal lemak tak tepu : berbentuk cecair pada suhu bilik. Mostly minyak dari tumbuhan. Lemak yang bagus untuk perbaiki paras kolesterol kita dengan cara mengurangkan kolesterol jahat (LDL) dan naikkan paras kolesterol baim (HDL)
Ada 2 jenis :
1. Monounsaturated fat :
-avacado, kekacang, minyak sayuran seperti minyak zaitun, minyak kacang tanah, minyak canola.
2. Polyunsaturated fat :
Polyunsaturated fat ada 2 jenis :
*omega -3 fatty acid – dalam tumbuhan : minyak kacang soya, minyak canola, walnuts, flaxseed, dalam ikan yang berlemak & kerang kerangan (ada EPA & DHA) : salmon, ikan bilis, tiram, ikan kembung atlantic, sardin.
*omega -6 fatty acid – dalam minyak tumbuhan : minyak kacang soya, minyak jagung, safflower oil
Kalau nak kurangkan lemak dan kolesterol boleh amalkan ambil lemak tak tepu ni sebab dia kurangkan kolesterol jahat dalam badan kita, dan naikkan kolesterol baik.
Boleh amalkan makan omegaguard shaklee untuk jaga paras kolesterol.
Kita tak selamanya akan sihat dan dapat jaga pemakanan betul2 yang takde kolesterol lain. kadang2 akan ambil juga makanan bergoreng. so kita perlukan lemak/ omega3 untuk kawal kadar kolesterol kita.
LEMAK TRANS FAT
Lemak yang dah mengalami proses hydrogenaration (untuk tingkatkan jangka hayat lemak dan jadikan lemak itu keras pada suhu bilik). Lemak yang keras ni tadi boleh jadikan keropok dan crust pie boleh jadi rangup.
Contoh :
-makanan yang diproses
-snek : chips & crackers
- cookies
-sesetengah marjerin dan salad dressing
ok tu pasal siapa yang selalu makan cekedis sebenarnya dia makan kolesterol
Chips kan keras. Keras ni boleh jadi datang dari trans fat dan trans fat ni sangat bahaya.
Happy reading
#KempenKurusByCoachAisyah
Kak Nelly
017.4638.639
No comments:
Post a Comment