Thursday, 13 July 2017

TIPS 7&8: DIET TANPA TOLAK NASI

Assalamualaikum 

Harap semua sihat hendaknya. Kebetulan Kak Nelly bercuti menjaga anak sulung yang demam. Tapi nampak dah kebah cuma belum selera makan.

Musim agaknya demam ni ye. Jangan risau jika anak demam, Cuma perlu perhatikan suhu badan, dan pastikan anak sentiasa minum air. Kita kena kawal suhu badan anak tau. Bagi ubat bila perlu dan yang penting bawak berjumpa doktor.

Nak sambung Tips Diet Tanpa tolak nasi ni. Ada beberapa tips saja lagi. Tapi nak sambung menulis ni bukan main bercinta. Terpaksa cari masa bersendiri. Asal buka laptop ja ada la permintaan Youtube dari budak berdua tu.


Tips seterus nak kurangkan berat badan haruslah amalkan gaya hidup yang sihat!

Macam mana gaya hidup sihat? Kak Nelly rasa semua tau kan. Ya betul tu

1) Pemakanan yang sihat - banyakkan makan makanan yang segar, cara masak yang lebih sihat seperti kukus, panggang atau grill
2) Kurangkan stress
3) Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
4) Tidur dan rehat yang cukup
5) Elakkan merokok dan alkohol

Merokok ni banyak yang mudarat dari baik. Tak kool langsung ye adik-adik

Orang yang jadi perokok pasif ni lagi teruk kesan dari orang yang merokok tu sebab asap yang dihembus keluar dari perokok tu lagi merbahaya.

Merokok boleh kurangkan kesuburan, sebabkan penyakit pernafasan, risiko kanser mulut dan paru-paru dan macam-macam lagi.

Jom la berhenti merokok. Boleh pergi klinik berhenti merokok dekat Klinik Kesihatan tau. 

Takpun boleh cuba Vivix. Ada yang berjaya berhenti merokok selepas ambil Vivix.

Kak Nelly menyeru semua supaya sentiasa amalkan tau gaya hidup yang sihat ni.

Okay Tips seterusnya




Elakkan makanan yang telah diproses

Apa contoh makanan yang telah diproses?

Makanan dalam tin, makanan segera seperti sosej, burger, kentang goreng dan nuget yang kita beli dekat pasaraya tu.

Makanan dikatakan makanan diproses sebab telah ditambah PEWARNA, BAHAN PENGAWET dan PERASA atau MSG.

Biskut pun makanan yang diproses tau. Sebab banyak GULA. Baca dulu kalori biskut. Kadang kadang 2 keping biskut pun dah sama semangkuk nasi. Baik kita ambil nasi sebab lagi kenyang. Biskut 2 keping belum tentu kenyang lama berbanding nasi.

Makanan diproses ni sebenarnya mudah diproses dalam badan kita, yang mana sebenarnya akan bagi kita rasa kenyang sekejap sajaa dan tak puas. Itu pasal kita akan makan dan makan lagi. KAN KAN KAN

Otak kita dah diset kan oleh pengilang2 processed food untuk kita ambil dan ambil lagi makanan ni.
 

SEDAR TAK?
Macam kita makan roti berkrim sebenarnya bukan kenyang mana pon. Kenyang la sekejap je. Lepas tu kita nak makan keropok la pulak.


Nak simple kita boleh tengok bila makan potato chips. Makan sekali nak lagi dan nak lagi. Sebab kita tak kenyang pon.


Adik kakak jangan cari masalah tau. Makan makanan yang boleh buat kita kenyang terutama masa makan utama seperti makan tengah hari tu.

ok ni SANGAT penting
 

Siapa biasa beli biskut atau apa2 makanan yang ada perkataan FITNESS?

Jangan sesekali tertipu dengan perkataan marketing yang ada FITNESS


Dah tentu-tentu makanan tu telah diproses sebab masuk dalam bungkusan kotak atau tin

Dah kata proceessed food tu sama lah juga kan,  ada jugak gula2 tersembunyi dalam tu.



Lebih baik makanan makanan sebenar seperti oat dan kekacang. Buat sendiri pun boleh ja macam energy bar tu. Google ja resepi. tentu lebih sihat dan MURAH!

Jadi kalau la adik kakak teringin juga nak makan proceessed food :

1. tengok nutrition fact
2. balance kan kalori intake

tapi padahnya anda kena faham. Anda buat diri anda tak kenyang dan akan makan lebih banyak.


Dan lagi anda dah tambah TOKSIN dalam badan.

Okay tak tips hari ni?

Ada lagi dua tips ja Kak Nelly nak story morry.

Selamat mencuba

Happy Reading!

Kak Nelly





No comments:

Post a Comment